Tuesday 29 October 2013

Wahai Lelaki.......

Assalamualaikum. Konbanwa Minasan!

tajuk entry macam sheramm. hahaa. takdelah cuma nak saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. tak salah kan?

kadang-kadang dalam satu perhubungan, orang selalu salahkan perempuan, itu la, ini la. kebanyakkannya cakap hubungan yang musnah di tengah jalan tu *amboi ayat* sebab perempuan. tapi kebanyakkan jelah, tak semua. pernah terfikir kenapa perempuan buat semua ni? betul ke memang salah perempuan tu tak setia ke cepat bosan ke apa ke?

*Note: bukan nak racist. bukan nak menyebelahi perempuan. tapi nak biar lelaki tahu pasal perasaan perempuan ni. jangan asyik tuding jari tak memasal je kat kami kaum yang lemah ni. hahaa*

kadang kadang perangai lelaki tu sendiri yang buat hati perempuan beralih arah. jangan suka tuding jari. tengok diri sendiri dulu, selidik salah sendiri baru cari kesalahan dalam diri orang lain....

jangan sangka kami kaum yang lemah yang punya hati suci lagi murni ni tak kuat. aceyy, macam minyak masak pulak. hahaa. mungkin kudrat kami lemah tapi hati kami kuat. jangan tipu orang perempuan. senang je kantoi. serious tak tipu. sebabnya Allah bagi kelebihan firasat hati yang kuat kat perempuan ni. untung kan jadi perempuan? bersyukurlah.

wahai lelaki, buat kata korang dah ada seseorang yang korang sayang, yang dah ada dalam hati korang. please, jaga baik baik. lebih lebih lagi yang memang dah serious dalam perhubungan korang macam dah tunang, dah nak kahwin. jaga perasaan wanita anda. tolong lupakan semua gadis gadis masa lalu yang korang pernah ada. memang susah nak lupa. tapi cuba. sebab, bukan mereka semua yang nak jadi isteri korang. yang depan mata tu. buat kata bakal isteri korang tahu yang korang masih ingat, masih sibuk nak bagitahu dengan gadis gadis sebelum dia yang korang masih rindu, masih ada perasaan ke bla bla bla dan sewaktu dengannya, apa perasaan bakal isteri korang? kalaulah korang kat tempat bakal isteri korang, sakit tak bila kena macam tu? sakit kan?

bila kena kat aku, jawapan aku senang "awak dah bertunang, tolong jaga hati tunang. saya dah tak penting. anggap saya tak pernah wujud....."

bukan apa, cuba kalau kena atas batang hidung sendiri encik tunang kesayangan buat macam tu, mau menangis tak berlagu. dalam Islam ada kifarah yang lebih kurang sama dengan karma. what you give you get back. serious tak sanggup. hehee. cerita macam dah bertunang je. hahaa. belum lagi. ada rezeki nanti barulah tunang. sekarang fokus studyyyy.........

korang fikirlah tajuk apa yang sesuai untuk entry ni

Assalamualaikum. Ohaiyoo Gozaimasu Minasan!

semalam hari yang penuh dugaan. macam macam jadi sampai terlupa birthday kakak sendiri. okay, parah kan? tapi dah wish dah. so, kira settle. hahaa. kerja banyak gila! ahhh, adat lah kan kalau jadi pelajar Universiti. tapi.....hm. entah kenapa aku rasa sekarang macam diserang insomnia. mengantuk yang teramat tapi tak boleh tidur. why why??? harap dapatlah tidur malam ni sebab kepala dah pening tahap dewa tak mandi dah ni.

disebabkan terlalu pening, terlalu confuse dengan banyak kerja yang tak siap lagi *tapi sempat je nak update blog. ahahaa* bukan setakat orang sekeliling, kesayangan yang nun jauh dekat pasir gudang sana pun kena layan aku mengarut *padahal dia tengah study hard tu. tengah exam week la katakan* maafkan adinda. ekeke.

ni aku dah buat 20 design lampu baru. kalau kena reject lagi aku taktahu la nak buat macam mana. mintak mintak tak kena reject. amin. dengan dah seminggu takde air. dah macam minah setinggan dok menyangkung tadah air kat salur air besar belakang rumah dengan housemates. dugaan sungguh. kuatkan hati ini Ya Rabb. amin.

ibu, nak balik Johor :'( baru seminggu balik sini semula simptom stress tu dah keluar. demam dalam tempoh yang lama baru nak kebah, senang sakit, selalu sakit dada, kurang selera makan, insomnia, termenung, over thinking, haihhh. agaknya kalau dah kahwin macam ni jugak perangai, botak kepala suami aku melayan aku. hahaa.

okay la. marilah sambung buat kerja yang terbengkalai ni. kbai


Birthday Girl! kakak tersayang. hahaa, selamat hari tua!!