Tuesday 29 January 2013

meet MAYA!!!

Assalamualaikum :) semua! jom jumpa Maya :DD



nilah Maya, buah hati pengarang jantung baru aku. dia degil sangat. suka main gigit gigit orang. jilat jilat aku. hyper active gila nak mati. nyiahahaa.

nak terima kasih sangat dekat AFIQ! thanks babe bagi Maya dekat aku :) 

Maya ni memang lincah sangat sangat. lagi lagi kalau malam sebab diakan haiwan *NOCTURNAL* #kalau taktau nocturnal tu apa bukak kamus, tak pun Google Translate jerrr. Ahaks# tapi kalau time dia mengantuk. usiklah dia macam manapun haramm dia nak layan. huahua.

ibu yang takut+geli tupai pun sayang kat Maya. tiap tiap hari mesti dia akan tanya. Maya dah makan? dah bersihkan cage dia? bla bla bla, yang paling suka gila kat Maya of course kakak aku. dia kalau main dengan Maya sampai terlentang Maya dia kerjakan. hahaa,

yang paling scary bila setiap kali aku bangun tidur, sayang aku *BONA* tengah menghadap Maya dalam cage. okay, hilang ngantuk terus bila nampak. hahaa, nak marah memang tak boleh sebab Bona bukan paham bahasa pun. lagi satu memang kalau ikut rantaian makanan Bona #ceyhh, science tetiba uols# Maya memang makanan dia. so, aku yang kena beware sepanjang masa.



haa, tulah Bona. Cinta Hati kami satu keluarga. dia memang tak suka kena pegang sebab tu dia buat muka macam tu masa aku peluk dia. ahahaa

okay, that's all for today, kena pergi mandi, solat, makan nasi lepas tu makan ubat. okay. anak dara apa entah aku ni pukul 2.00pm baru nak mandi kann. wakakaa, kbai :)

Manisnya Kesabaran

assalamualaikum :) kali ni nak bercerita pulak pasal MANISNYA SEBUAH KESABARAN dengan semua. nak mencapai tahap sabar tu memang susah. sangat sangat lah susah nak mencapai tahap sabar. mungkin dapat tapi tak sepenuhnya menguasai tahap sabar yang paling tinggi sekali. bayangkan kalau kita semua dapat mencapai tahap sabar yang paling tinggi tu, Subhanallah!

sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri dengan semua. dulu aku memang seorang manusia yang sangat panas baran gila nak matilah. pantang salah sikit, memang sekejap je dah mendidih darah aku. ada je yang kena marah, siap maki lagi. buat apa-apa jenis tak reti nak bersabar. dengar cerita dari satu pihak saja dah mula nak melenting. cepat panik tak tentu pasal. suka sangka buruk. tapi bila dah makin meningkat dewasa ni mulalah terfikir, sampai bila nak teruskan perangai tak baik macam ni. takkanlah sampai dapat title *warga emas* nanti baru nak berubah. malu je nanti. bila dah mula terfikir macam tu, hati ni rasa sayu sangat, rasa malu sangat bila ingat balik kata kata kotor/kesat yang pernah keluar dari mulut aku, perangai panas baran tak tentu pasal ni. hm, I NEED TO CHANGE!

seriously! susah sangat nak bersabar :( lagi lagi bila datang dugaan yang berat sangat. tapi, ALLAH tu Maha Mengetahui. DIA tahu hamba DIA nak berubah. DIA tabahkan hati hamba DIA ni untuk hadapi segala dugaan yang susah tu. Alhamdulillah :')



Sesungguhnya ALLAH tu sentiasa ada bersama hambaNYA. cuma hambaNYA sahaja yang lupa akan DIA :'( YA ALLAH jangan jadikan aku salah seorang daripada golongan yang melupakanMU.

sepanjang diduga, pesan pada hati, ALLAH takkan duga hambaNYA dengan dugaan yang hambaNYA itu tak mampu pikul. ALLAH duga sebab ALLAH sayang, jangan pernah putus asa hadapi dugaanNYA okay :')

bila kita dah mampu bersabar, walaupun bukan mencapai tahap kesabaran yang tinggi, kemanisan dalam sesebuah kesabaran tu pasti kita akan dapat rasa. jiwa akan tenang. masalah yang berat macam manapun akan terasa ringan. hidup aman. masalah yang membelengu cuma ibarat sawang labah labah yang melekat di tubuh. Subhanallah! manisnya kesabaran itu kan :')

aku masih mencuba lagi untuk terus bersabar. Alhamdulillah, baranku tak sehangat dulu, panikku tidak sehebat dulu, walaupun kadangkala sabar tu tergugat juga, tapi masih lagi mampu dikawal. Alhamdulillah syukur! :')