Sunday 15 June 2014

Natural Beauty Vs. Make Up

Assalamualaikum, salam sejahtera. hai rakyat Malaysia. hahaa. okay hari ni aku tergerak nak update entry pasal Natural Beauty Vs. Make Up sebab aku termasuk sekali dalam perbualan orang-orang sekeliling dan ada terbaca dekat siapa-siapa punya tweet or status facebook mengenai what more important, Natural Beauty or Make Up Face? macam soalan exam pulak. mentang mentang tengah minggu exam kanss. muehehee.

Okay, apa itu Natural Beauty? Natural Beauty ni kalau di"google translate" maksud dia kecantikan secara semula jadi. kiranya muka tanpa bubuh make up or whatever la. Natural Beauty ni kan benda yang orang ramai *especially kaum wanita, hahaa* nak ada. yelah, senang apa kalau dah cantik secara semula jadi ni keluar tak payah nak letak apa apa kat muka bagi cover jerawat ke jeragat ke apa ke kan. keluar gitu je.

Make Up ni malas nak ceritalah sebab semua dah arif, maklum lagi bijaksana pasal hal ni *especially kaum wanita juga, hahaa*.

Persoalannya sekarang, orang selalu mempertikaikan berkenaan Natural Beauty dengan muka yang di Make Up. kadang kadang bila aku cerita pasal make up ada je yang akan bersuara "buat apa Make Up? Natural Beauty jelah. lelaki kan tak suka perempuan yang Make Up" well yes, Natural Beauty tu lagi bagus tapi kita kena sedar tak semua manusia yang dilahirkan di muka bumi dan dunia ini dikurniakan wajah secantik Emma Maembong, Nora Danish, Erra Fazira dan orang-orang lain yang semua orang cakap dia cantik. hahaa.

Seterusnya, pasal lelaki tak suka perempuan Make Up. betul ke wahai lelaki? menurut aku la berdasarkan apa yang aku survey sendiri, yang aku nilai dari pemerhatian aku sendiri lelaki tak kisah sebenarnya perempuan yang make up. TAPI janganlah dok make up melampau sampai dah macam muka orang main Opera Cina tu. sumpah scary kot. euwww. berdasarkan apa yang aku tanya dari lelaki lelaki sekeliling mahu yang kenal atau tak, pandangan diorang sendiri ni "orang lelaki mana yang tak suka perempuan yang pandai berhias? kami suka cuma kalau melampau sangat make up nya tu memang kami tak minat la."

Aku sendiri make up tapi tak tebal macam super model kat luar sana tu. make up ni leceh sebenarnya. ahahaa, tapi lumrah, perempuan ni dia suka yang cantik. so malas mana pun at least bedak tu aku takkan tinggal. kalau nak pergi mana mana event pun, aku takkan make up yang melampau. just a basic make up like compact powder, lipstick, mascara and blusher *kalau rajin bubuhlah jugak eye liner*. kira okay dah tu.

Dan akhir kata bagi nak tutup entry kali ni, kalau korang dengar lelaki kat luar sana yang cakap "I tak kisah kalau you tak cantik. I terima you seadanya" 5% daripada semua lelaki kat dunia ni je yang memang jujur lagi ikhlas bila ayat tu terkeluar dari mulut dia. yang lain tu penipu. jangan percaya. hahaa.

P/S: cantik tu anugerah, cantik tu ujian. cantik tu subjektif. semua manusia cantik. cuma dibezakan dengan mata-mata manusia yang melihatnya sahaja :)