Monday 23 April 2012

merisik khabar...............




sedih...
setiap kali dengar lagu merisik khabar (Allahyarham Sudirman Haji Arshad) mesti meniik air mata. sebak sangat. kadang-kadang menangis sampai Leya tertidur. penat sangat dah menangis....

kadang-kadang...
ramai yang marah. "Leya, lupakan dia. ramai lagi yang tunggu kau. kenapa baik hati sangat nak tunggu dia?!!" maaf.. Leya tak mampu lupakan dia. kenangan paling indah yang pernah hadir dalam hidup Leya.

bukan tak pernah..
Leya pernah cuba lupakan setiap memori Leya dengan dia yang tak pernah Leya jumpa (pelikkan kisah hidup Leya) tapi Leya tak mampu. Leya tak sanggup nak musnahkan hati orang lain lagi. tipu perasaan mereka dengan ungkapkan sayang pada mereka tapi sebenarnya hati Leya hanya sayangkan dia. Leya tak sanggup....

dia..
Leya masih hubungi dia sampai sekarang. cuma sekarang dah jarang. jarang sangat... dia tak balas setiap mesej yang Leya bagi. mungkin dia nak fokus pada pelajaran dia. dia dah nak final. Leya pun tengah final. insyaallah selagi Leya mampu Leya cuba bersangka baik...

RINDU!!
sampai terbawa-bawa ke mimpi. mimpi tu indah sangat. kalaulah boleh, Leya tak nak bangun lagi dari tidur tu. sebab bila Leya bangun dia hilang dari pandangan Leya. setiap mesej dia Leya tak pernah buang. Leya simpan semuanya. pernah sekali Leya terdelete mesej dia. satu malam Leya menangis. Ya Allah, sampai bila Leya nak jadi macam ni??

MERISIK KHABAR..
Leya cuba ambil tahu pasal dia dari jauh. dari Facebook dia. cukuplah kalau dapat tahu yang dia sedang bahagia sekarang. dengan cara itu sahaja Leya mampu untuk lepaskan rasa rindu Leya pada dia..

sibukkan diri..
mungkin dengan cara ni Leya mampu lupakan dia. Leya libatkan diri dengan aktiviti kelab. Leya bersukan. Leya belajar. sampai Leya sakit. tapi kenapa dalam setiap masa Leya sibukkan diri dia tetap dalam ingatan Leya?

Ya Allah...
Leya khuatir rindu Leya padanya melangkaui rindu Leya padaMU.. Leya takut...

tawaran melanjukan pelajaran dalam bidang perubatan ke Mesir tu ibarat peluang keemasan. cukup emas buat Leya. manalah tahu kalau-kalau Leya belajar kat sana Leya mampu tenangkan hati Leya. sekurang-kurangnya boleh kawal diri Leya dari terus menghubungi dia dan Leya yakin, itulah yang dia mahukan selama ini. hidup tanpa gangguan dari insan bernama NURUL ALIYAH BINTI RAMLI. tapi pelbagai masalah menghalang Leya untuk belajar di sana. Ya Tuhan, bantulah hambaMU ini untuk mengawal dirinya......