Monday 2 June 2014

Semester 4 Yang........................

omg omg omg, lamanya tak update blog. okay kali ni kita update. tajuk tu, amboi la hai. semester 4 yang................... haa yang noktah banyak banyak tu engkorang letak la apa yang engkorang nak. okay, semester 4. hm, macam macam jadi. suka, sedih, macam macam emosi la ada. sem kali ni dah masuk betul ke dalam course Pengajian Warisan *sem depan baru masuk pengkhususan antara muziologi atau sastera hybrid* sem ni la aku mula dapat classmate baru yang otak memasing sama rosak dengan aku, sama tak betul. kalau gelak sama sama gelak, kalau sedih sama sama sedih, kalau mengumpat. eh padam padam.

sem ni baru aku sedar yang "oh, I can dance.* tarian tradisional yang tak menahannya tu ya ampunnnnn. sem ni dapat tugasan menari ulek mayang dengan dikir barat. okay cerita pasal dikir barat dulu. dulu aku benci, meluat, tak suka semualah dengan dikir barat ni. entah la, dulu memang tak boleh nak masuk jiwa dengan dikir barat ni. lepas mula dikenalkan dengan dikir barat *aku jadi pemain gendang anak dengan awok-awok* lepastu dapat cikgu yang aktif dengan dikir barat, nahhh apalagi. kami pun dibawa ke mana mana la berdikir. tapi masa last persembahan sebelum cuti study week aku tak dapat nak ikut sebab sakit pinggang kronik. sedih sangat. dikir barat yang bawah cikgu kami tu diberi nama Irama Warisan *curlasss sangat nama dia* dan kami cuma lepas sampai perigkat separuh akhir je masa tugasan berjalan. tugasan bawah subjek Tradisi Lisan. apa apa pun alhamdulillah, seronok kenal kesenian kita yang orang orang sekarang dah buat endah tak endah ni. okay habis pasal dikir barat kita cerita pasal ulek mayang pulak. ulek mayang ni kan ramai orang kata berhantu, berpuaka and so on. haishhh, tak adalah. sepanjang kami berlatih dan buat persembahan takde apa pun yang jadi. semuanya okay je. yang penting jaga mindset tu. kalau kita asyik fikir yang buruk, yang negatif so buruk la jadinya. ye dak? so kami sepakat untuk buat tu jangan sorang pun yang mengada fikir bukan bukan, bukan apa takut jadi yang tak dikehendaki. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. kami berikan persembahan yang terbaik. hoorraayyyy.

Lepastu 24/5 aku pergi mandi laut kat Pantai Bukit Keluang, Besut bawah kelas Kepimpinan dan Motivasi. seronok sangat habiskan masa satu hari dengan budak budak ni semua. mandi laut, makan BBQ, spagetti macam macamlah. masa tu memang hancusss lebursss punah diet iols TT.TT tapi pantai dia cantik. serious tak tipu. pergilah sana nanti.

sem ni jugak aku diserang penyakit aneh yang doktor tak boleh nak sahkan amende. sebab haritu cuma buat xray, urine test dengan scan buah pinggang dan kena further checkup lagi dengan orthopedic. well aku pun taktau kenapa, bermula dengan kencing kotor je, lepastu aku sakit pinggang melampau. sebelum ni pernah juga kena tapi takdelah teruk macam ni. then bila check dia kata kencing kotor tu tak teruk. tapi pinggang aku tetap sakit dan sakit tanpa tahu kenapa sebabnya. yelah mula mula tukan takut la jugak. hari ahad 25/5/2014 aku sakit pinggang memang tahap tak boleh nak tahan sakit dia tu dalam kelas jepun. bila keluar terjumpa kawan satu negeri ni dia tanya kenapa muka lain macam then dia ajak sembang sebab kitorang dah lama tak sembang sama-sama. bila dia tanya lagi sekali kenapa dengan aku memang automatik terus menangis sebab daah tak tahan yang amat la sakit pinggang ni. fazlin datang tenangkan aku sementara kawan aku satu negeri ni *Shafiq* dapatkan kereta nak hantar aku ke hospital. dapat je kereta terus dia hantar aku ke Hospital Universiti Sains Malaysia. okay kat sana memang lama gila memang aku salute la kat kawan aku ni sebab dia sanggup tunggu aku kena tahan dalam kecemasan tu dari pukul 1 petang sampai 4.30 petang. thanks wey! :) sekarang ni dia pulak masuk hospital sebab denggi dan aku tak boleh nak tengok dia :( sampai sekarang pinggang aku tak baik lagi dan ibu suruh buat check up tu kat kluang je bila balik nanti. harap takde apa la. ni aku nak cerita yang kelakar sikit pasal masa aku kat hospital tu. doktor yang check aku tu tak silap nama dia Doktor Mardhiah, dia dok belek belek badan aku, suruh aku pergi xray semua, teliti punyalah lama kat fiem xray tu tapi dia kata takde tanda tanda remuk ke apa dekat tulang belakang. then dia tanya *sorry, ni hal keperempuanan sikit. tapi otak jangan kolotlah please, nanti ada anak bini uols kena tau jugak pasal ni :)*

Doktor: bila awak last datang haid?
Aku: ............... (tayah la bagitau engkorang tak penting. nyiahahaha)
Doktor: so, you dah kahwin? yang teman you tu suami?
Aku: eh belum. tu kawan satu U
Doktor: okay then saya nak scan buah pinggang awak kejap

doktor tu pun start la sapu gel kat alat scanner tu. memang aku rasa macam orang pregnant la main scan scan ni. lepas dia puas scan bahagian buah pinggang tu dia scan bahagian rahim -.-

Doktor: buah pinggang awak okay, em, awak dah kahwin?
Aku: belum doktor, kan saya dah bagitau tadi
Doktor: (muka berkerut, termenung lama) hm, rahim awak kosong

by that time aku taktau nak respons macam mana, nak gelak tak sampai hati kot. tapi kelakarnya ya ampunnn Tuhan je yang tau masa tu. aku pun dengan tahan tahan gelak tu bagilah pencerahan kat doktor tu

Aku: doktor, memanglah kosong, kan saya dah bagitau tadi saya belum kahwin.

doktor tu punyalah malu tersengih sengih. mungkin dia penat sangat kot banyak patient masa tu, tu yang dia blur. hahaa.

okay, banyak pulak aku update kali ni. bacalah puas puas. aku belanja gambar sepanjang semester 4 ni. gambar masa buat persembahan :)




puteri puteri ulek mayang. bada aku membongkok yang amat. taktau la pasaipa. dahlah tengok tempat lain -.-



ayu nya rasa diri ni. adududududu



Irama Warisan UMK di Panji. persembahan untuk pertandingan dikir barat peringkat negeri anjuran Persatuan Belia Kelantan






Kepimpinan dan Motivasi FTKW_A di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu.