Wednesday 25 April 2012

LAST DAY.....

MEMORI TERCIPTA :')
malam ni malam last kita. lepas ni jumpa lagi tak? RINDUUUU...
esok semua akan bertolak ke rumah masing masing. suka sangat. tapi dalam diam sedih sebenarnya. sebab tinggalkan sejuta satu kenangan manis bersama mereka mereka yang buat hari Leya bunga bunga. lagi lagi untuk awak awak ni

nur izyani aini abd. ghani

nur syazwani zulkifli

nurul nadia addie mustaffa


mulai esok kita semua dah takkan tidur sama sama. makan sama

sama. kutuk orang sama sama. candid sama sama. semuanya sama 

samalah. 

kau orang KENANGAN TERINDAH

Monday 23 April 2012

merisik khabar...............




sedih...
setiap kali dengar lagu merisik khabar (Allahyarham Sudirman Haji Arshad) mesti meniik air mata. sebak sangat. kadang-kadang menangis sampai Leya tertidur. penat sangat dah menangis....

kadang-kadang...
ramai yang marah. "Leya, lupakan dia. ramai lagi yang tunggu kau. kenapa baik hati sangat nak tunggu dia?!!" maaf.. Leya tak mampu lupakan dia. kenangan paling indah yang pernah hadir dalam hidup Leya.

bukan tak pernah..
Leya pernah cuba lupakan setiap memori Leya dengan dia yang tak pernah Leya jumpa (pelikkan kisah hidup Leya) tapi Leya tak mampu. Leya tak sanggup nak musnahkan hati orang lain lagi. tipu perasaan mereka dengan ungkapkan sayang pada mereka tapi sebenarnya hati Leya hanya sayangkan dia. Leya tak sanggup....

dia..
Leya masih hubungi dia sampai sekarang. cuma sekarang dah jarang. jarang sangat... dia tak balas setiap mesej yang Leya bagi. mungkin dia nak fokus pada pelajaran dia. dia dah nak final. Leya pun tengah final. insyaallah selagi Leya mampu Leya cuba bersangka baik...

RINDU!!
sampai terbawa-bawa ke mimpi. mimpi tu indah sangat. kalaulah boleh, Leya tak nak bangun lagi dari tidur tu. sebab bila Leya bangun dia hilang dari pandangan Leya. setiap mesej dia Leya tak pernah buang. Leya simpan semuanya. pernah sekali Leya terdelete mesej dia. satu malam Leya menangis. Ya Allah, sampai bila Leya nak jadi macam ni??

MERISIK KHABAR..
Leya cuba ambil tahu pasal dia dari jauh. dari Facebook dia. cukuplah kalau dapat tahu yang dia sedang bahagia sekarang. dengan cara itu sahaja Leya mampu untuk lepaskan rasa rindu Leya pada dia..

sibukkan diri..
mungkin dengan cara ni Leya mampu lupakan dia. Leya libatkan diri dengan aktiviti kelab. Leya bersukan. Leya belajar. sampai Leya sakit. tapi kenapa dalam setiap masa Leya sibukkan diri dia tetap dalam ingatan Leya?

Ya Allah...
Leya khuatir rindu Leya padanya melangkaui rindu Leya padaMU.. Leya takut...

tawaran melanjukan pelajaran dalam bidang perubatan ke Mesir tu ibarat peluang keemasan. cukup emas buat Leya. manalah tahu kalau-kalau Leya belajar kat sana Leya mampu tenangkan hati Leya. sekurang-kurangnya boleh kawal diri Leya dari terus menghubungi dia dan Leya yakin, itulah yang dia mahukan selama ini. hidup tanpa gangguan dari insan bernama NURUL ALIYAH BINTI RAMLI. tapi pelbagai masalah menghalang Leya untuk belajar di sana. Ya Tuhan, bantulah hambaMU ini untuk mengawal dirinya......


Sunday 22 April 2012

BIOLOGYYY!!!

ESOK : exam BIOLOGY. hari ni start la kelam kabut study. pelajar 4FLAT kann. amin :)
mintak mintak esok boleh jawab dengan tenang. dilapangkan dada ketika menjawab. ingat semula apa yang dah belajar sebelum ni. dapat jawab MR. ESEI dengan jayanya! yeahhh :D




                                  LEYA BOLEH!


nilah keadaan katil dan tilam Leya bila time study week dan exam week menjelang


buku kesayangan leya. kakak yang bagi :)

tulisan buruk. ngeee :)

















doakan leya capai 4flat untuk semester akhir dekat matrikulasi johor ni. okeyy :)





Friday 20 April 2012

BUBBLE :)

wowoo. best tengok GIRLFRIENDS leya main bubble :) 






ni kanak kanak riang yang main bubble



cantik kan :)



masa ni sempat la jugak leya BERANGAN. hewhew....


korang ade? hewhew





agak dahsyatlah bila tahu yang yanie agak addict dengan bubble. tengok jelah macam mana dia main bubble ni





























habis matriks nanti mesti rindu kenangan ni :')

Saturday 14 April 2012

kemas kemas nak tinggalkan KMJ

semua dah start berkemas. bila da semua berkemas ni, mula jugaklah pening kepala. ibu, barang adek banyak.....


ni beg banyak banyak ni taktahu nak packing macam mane


banyak lagi barang sebenarnya. kasut sukan, selipar ada dua, kasut ada tiga. tension nak kemas!!!

Friday 13 April 2012

ISTIKHARAH

Sekarang dah gila MENGUPDATE :p


benda ni dah lama buat (sekarang baru mengada nak update)
saja saja buat sebab dengar cerita umur 18 dah boleh istikharah untuk jodoh.
cop. bukan gatal eh. saja je buat :p
pertama kali buat nampak AWAK. kali kedua buat pun nampak AWAK.
sampailah empat kali buat tetap nampak AWAK.
oh no men. hewhew. tapi AWAK taktau pun pasal ni sebab kita bukan ada apa apa kan :') jumpa pun tak pernah jumpa, cuma kenal macam tu je.

Thursday 12 April 2012

teenage life of LEYA RAMLI :)


ni muka GEDIK Leya. budak kepala batu yang selalu kena marah dengan ibu. anak kedua daripada tiga adik beradik. anak kepada ENCIK RAMLI BIN MAJID dan PUAN ZALINAH BINTI MOHMMED. 




ni GIRLFRIENDS  Leya yang sangat faham segala masalah Leya.
okeyy. kami memang comel, tu kami semua dah tau da xp
tak kisah pun semua tu, yang penting kami saling sayang antara satu sama lain :)
NICE SHOOT by NADIA
(bangun nak diri lepas sesi photoshoot ni kepala terhantuk kat tangga tu. memang delicious)
bully time :)
GONNA MISS THIS MOMENT :')

muka terover happy ni. suka sangat dapat pakai  shawl pinjam :)

Suka, ketawa, menangis bersama-sama. Selain 

family, pemilik nama-nama ni = NURUL NADIA ADDIE MUSTAFFA, NUR SYAZWANI ZULKIFLI, NUR IZYANI AINI ABD.
GHANI dah berjaya buat hati Leya bunga bunga. hampir setahun hidup macam 


family sekarang dah tiba waktu untuk berpisah. janji lepas ni jumpa lagi :')





ohh..ohh, lupa nak bagitau. kami semua GILALENSA :)....................................................



















time ni memang takde keje. hewhew :)






 
from left : YANIE NADIA WANIE LEYA
KAMI SAHABAT










                                  INFRONT OF HEP 


























okeyy, NADIA memang MAFIA KMJ :)











LEYA memang TINGGI. lama tau dah :)








RUNNING GIRL :)



ICE LEMON TEA with yanie