Tuesday 29 January 2013

meet MAYA!!!

Assalamualaikum :) semua! jom jumpa Maya :DD



nilah Maya, buah hati pengarang jantung baru aku. dia degil sangat. suka main gigit gigit orang. jilat jilat aku. hyper active gila nak mati. nyiahahaa.

nak terima kasih sangat dekat AFIQ! thanks babe bagi Maya dekat aku :) 

Maya ni memang lincah sangat sangat. lagi lagi kalau malam sebab diakan haiwan *NOCTURNAL* #kalau taktau nocturnal tu apa bukak kamus, tak pun Google Translate jerrr. Ahaks# tapi kalau time dia mengantuk. usiklah dia macam manapun haramm dia nak layan. huahua.

ibu yang takut+geli tupai pun sayang kat Maya. tiap tiap hari mesti dia akan tanya. Maya dah makan? dah bersihkan cage dia? bla bla bla, yang paling suka gila kat Maya of course kakak aku. dia kalau main dengan Maya sampai terlentang Maya dia kerjakan. hahaa,

yang paling scary bila setiap kali aku bangun tidur, sayang aku *BONA* tengah menghadap Maya dalam cage. okay, hilang ngantuk terus bila nampak. hahaa, nak marah memang tak boleh sebab Bona bukan paham bahasa pun. lagi satu memang kalau ikut rantaian makanan Bona #ceyhh, science tetiba uols# Maya memang makanan dia. so, aku yang kena beware sepanjang masa.



haa, tulah Bona. Cinta Hati kami satu keluarga. dia memang tak suka kena pegang sebab tu dia buat muka macam tu masa aku peluk dia. ahahaa

okay, that's all for today, kena pergi mandi, solat, makan nasi lepas tu makan ubat. okay. anak dara apa entah aku ni pukul 2.00pm baru nak mandi kann. wakakaa, kbai :)

Manisnya Kesabaran

assalamualaikum :) kali ni nak bercerita pulak pasal MANISNYA SEBUAH KESABARAN dengan semua. nak mencapai tahap sabar tu memang susah. sangat sangat lah susah nak mencapai tahap sabar. mungkin dapat tapi tak sepenuhnya menguasai tahap sabar yang paling tinggi sekali. bayangkan kalau kita semua dapat mencapai tahap sabar yang paling tinggi tu, Subhanallah!

sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri dengan semua. dulu aku memang seorang manusia yang sangat panas baran gila nak matilah. pantang salah sikit, memang sekejap je dah mendidih darah aku. ada je yang kena marah, siap maki lagi. buat apa-apa jenis tak reti nak bersabar. dengar cerita dari satu pihak saja dah mula nak melenting. cepat panik tak tentu pasal. suka sangka buruk. tapi bila dah makin meningkat dewasa ni mulalah terfikir, sampai bila nak teruskan perangai tak baik macam ni. takkanlah sampai dapat title *warga emas* nanti baru nak berubah. malu je nanti. bila dah mula terfikir macam tu, hati ni rasa sayu sangat, rasa malu sangat bila ingat balik kata kata kotor/kesat yang pernah keluar dari mulut aku, perangai panas baran tak tentu pasal ni. hm, I NEED TO CHANGE!

seriously! susah sangat nak bersabar :( lagi lagi bila datang dugaan yang berat sangat. tapi, ALLAH tu Maha Mengetahui. DIA tahu hamba DIA nak berubah. DIA tabahkan hati hamba DIA ni untuk hadapi segala dugaan yang susah tu. Alhamdulillah :')



Sesungguhnya ALLAH tu sentiasa ada bersama hambaNYA. cuma hambaNYA sahaja yang lupa akan DIA :'( YA ALLAH jangan jadikan aku salah seorang daripada golongan yang melupakanMU.

sepanjang diduga, pesan pada hati, ALLAH takkan duga hambaNYA dengan dugaan yang hambaNYA itu tak mampu pikul. ALLAH duga sebab ALLAH sayang, jangan pernah putus asa hadapi dugaanNYA okay :')

bila kita dah mampu bersabar, walaupun bukan mencapai tahap kesabaran yang tinggi, kemanisan dalam sesebuah kesabaran tu pasti kita akan dapat rasa. jiwa akan tenang. masalah yang berat macam manapun akan terasa ringan. hidup aman. masalah yang membelengu cuma ibarat sawang labah labah yang melekat di tubuh. Subhanallah! manisnya kesabaran itu kan :')

aku masih mencuba lagi untuk terus bersabar. Alhamdulillah, baranku tak sehangat dulu, panikku tidak sehebat dulu, walaupun kadangkala sabar tu tergugat juga, tapi masih lagi mampu dikawal. Alhamdulillah syukur! :')

Saturday 26 January 2013

Marry Me - Train



Forever can never be long enough for meTo feel like I've had long enough with youForget the world now, we won't let them seeBut there's one thing left to do
Now that the weight has liftedLove has surely shifted my way
Marry meToday and every dayMarry meIf I ever get the nerve to say hello in this cafe
Say you willSay you will
Together can never be close enough for meTo feel like I am close enough to youYou wear white and I'll wear out the words I love youAnd you're beautiful
Now that the wait is overAnd love and has finally showed her my way
Marry meToday and every dayMarry meIf I ever get the nerve to say hello in this cafe
Say you willSay you will
Promise me you'll always beHappy by my sideI promise to sing to youWhen all the music dies
And marry meToday and everydayMarry meIf I ever get the nerve to say hello in this cafe

Say you will
Say you will
Marry me

Long Distance Relationship





nampak gambar tu? hee, kali ni nak story mory pasal LONG DISTANCE RELATIONSHIP
kenapa aku nak update entry pasal ni pulak ye? hm, sebab aku tengah alami benda ni sekarang. 



sorang kat JOHOR, sorang kat SELANGOR
bila balik tempat study masing-masing
sorang dekat KELANTAN sorang dekat JOHOR
syokkan :')

ingat senang ke Long Distance Relationship ni? rindu macam nak tercabut/luruh/tanggal hati ni pun susah nak dapat tengok muka untuk lepaskan rindu. lagi satu, Long Distance Relationship ni perlukan kepercayaan dan kejujuran yang kuat sangat-sangat terhadap pasangan masing-masing barulah hubungan tu dapat berjalan dengan harmoni. ingat senang ke nak percaya??? susah okay, susahhh!!!

tapi bila ALLAH dah kurniakan rasa sayang dalam hati, nak tak nak memang ter'pecaya' jugak walaupun kadang-kadang pasangan kita menipu. hee, apapun, jauh ke dekat ke pasangan kita tu kalau dah memang dia jodoh kita memang takkan ke mana. right?

rasa bersyukur sebenarnya terlibat dalam Cinta Jarak Jauh ni. nak tau sebabnya? hm, ni sebabnya
  • terpelihara dari maksiat yang nyata macam pegang tangan, or whatever la...
  • dapat mewujudkan rasa rindu yang tersangat-sangat terhadap pasangan. barullah sweet kan :) *tapi ingat jangan biarkan rindu terhadap pasangan tu melangkaui rindu kita kepada ALLAH dan Rasulullah*

banyak lagi sebenarnya tapi malas nak type. zzzz

okay, tu je kot :) assalamualaikum :)




Tuesday 22 January 2013

XOXO

actually nak jogging petang ni. tapi lupa yang kasut aku tak bawak balik. aku bagi kak amy suruh simpan kat rumah dia. halaaaaaaa.

NAK JOGGING!!!!

boring tahap dewa duduk rumah. takde sesiapa nak bawak aku merayap ke? anyone?? okay senyap je, maksudnya memang takdelah tu tsk tsk

nak main gitar, tapi......... *tak reti main -.-* gitar tu jadi perhiasan kat dinding tu je. penat aku belajar ikut tutorial kat youtube tak reti jugak *nampak tak bebalnya kat situ T_T* nak suruh orang ajarkan? siapa nak ajarkan?? please please... *buat mata Puss in Boots*

memang pun cuti sem ni untuk luangkan setiap saat yang sangat berharga kat rumah je T_T



Monday 21 January 2013

Long Time No See

ohaiyo! lama sero dop update belogg nim. ahahaa *kelantanese tetibe uols* okay nak bagitau yang aku dah cuti sem ~

memang pun activity bila cuti sem ni gemokkan badan je. well, dekat U tak cukup makan. balik rumah balas dendamlahkan. syiok gila bila bangun je makanan dah tersedia atas meja. heaven ~

final haritu? gila kau, susah baq hiangg! tapi nasib baik Kebudayaan dan Tamadun Melayu tu senang gila. yang Kenegaraan dengan Hubungan Etnik......... *taktaulah nak cakap apa* tapi apa apa pun dah berusaha yang terbaik. jadi tawakal jelah. In Shaa Allah, Allah bagi yang setimpal dengan usaha kita :)

Sunday 6 January 2013

KAHWIN

KAHWIN? OMG. topik hot okay, hahaa. siapa yang hidup atas muka bumi ALLAH ni tak nak kahwin kan. bohonglah kalau tak nak. aku pun nak kahwin *malu* tengok bawah ni. how sweet :)

nak macam ni jugak! hahaa
\bila tengok orang nikah, nak jugak rasa perasaan perempuan yang tengah tunggu saat nak jadi yang sah buat lelaki yang dia cinta tu. mesti bercampur baurkan. hehee. tapi bila fikirkan balik, rasa macam.....................


Nak kenapa panjang sangat noktah tu? haaa, ibu selalu bisik kat telinga aku kalau kitorang duduk berdua *tanggungjawab seorang isteri ni berat. ingat senang ke nak kahwin ni? memanglah mula mula tu best tapi kalau tak kuat, takut hancur kat tengah jalan je. ibu tak nak anak ibu menjanda. tapi kalau dah memang itu takdirnya tak boleh nak cakap apa dahkan. seboleh bolehnya dielakkan. ingat, tujuh tahun pertama dalam stage perkahwinan ni dugaan yang ALLAH duga dekat pasangan suami isteri tu berat sangat. selagi belum sedia jangan kahwin* 

Disebabkan selalu teringat ayat ibu tulah aku rasa seram sangat pasal kahwin ni. In shaa ALLAH, sampai jodoh nanti kahwin jugak kan :) selagi tak cukup kelengkapan rohani dan jasmani, in shaa Allah di "postpone" dulu niat nak kahwin tu. banyak lagi perkara aku nak habiskan sebelum akhiri zaman bujang ni :')

sweet kan :)

In Shaa ALLAH, sampai jodoh bersatu juga. serious aku tak pandai masak, tu berangan nak kahwin awal?! hahaa, forget it Leya. master dulu dalam ilmu memasak ni baru fikir nak kahwin. boleh camtu ehh, hahaa. Untuk bakal imamku, cukupkan juga segala kelengkapan rohani dan jasmani mu sebelum bergelar Imamku yang sah agar dapat membimbingku menggapai Jannah. In Shaa ALLAH :')

Friday 4 January 2013

Pre-Menstrual Syndrome

okay, entry kali ni aku nak cerita pasal PMS or *Pre-Menstrual Syndrome*

Sebagai seorang bekas pelajar biology, memang aku agak suka tajuk reproduction sebab tajuk tu agak senang kalau nak dibandingkan dengan tajuk yang lain. tapi sebenarnya sakit kepala belajar tajuk ni. before aku melalut baik terus masuk ke topik asal :DD

PMS ni adalah gangguan emosi pada kaum wanita yang disebabkan oleh kitaran haidnya. PMS ni sering hadir lebih kurang 14 hari sebelum terjadinya haid dan akan pergi setelah 2 hari haid itu berlaku.

Gejala fizikal yang paling biasa termasuk:

1. Kembung atau perasaan gas

2. payu dara menjadi lembut

3. kecuaian

4. Sembelit atau cirit-birit

5. keinginan 
makanan yang melampau

6. Sakit kepala

7. kekurangan toleransi
 untuk bunyi dan cahaya



Antara lain-lain gejala termasuk:

1. Kekeliruan, kesukaran menumpukan perhatian, atau kealpaan

2. Keletihan dan perasaan lambat atau lembap

3. Perasaan kesedihan atau kekecewaan

4. Perasaan ketegangan, kebimbangan, atau keyakinannya

5. Marah, bermusuhan, atau tingkah laku agresif, dengan ledakan kemarahan terhadap diri sendiri atau orang lain

6. Kehilangan nafsu seks (boleh meningkat dalam sesetengah wanita)

7. perubahan mood

8. pertimbangan yang lemah

9. Miskin imej diri, perasaan bersalah, atau kebimbangan peningkatan

10. Mengatasi masalah sukar tidur (tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit)




Walaubagaimanapun, sindrom ini msih lagi mampu dikawal dengan tips tips yang iberikan oleh pegawai perubatan atau doktor masing -masing. 


KONKLUSINYA KALAU DAH TAU SESEORANG WANITA TU DALAM PMS TOLONG JANGAN CARI PASAL DENGAN DIA ATAU KORANG DAPAT MAKAN MAKIAN SECARA FREE :D

Thursday 3 January 2013

FINAL

study woi!



Dah nak final woi. kejap je rasanya duduk dekat kelantan ni dah nak final. makin nak final makin macam macam hal jadi. adatlahkan, ALLAH sayang sebab tu ALLAH duga :')

Dugaan paling sedih kami se'group' disabotaj oleh manusia manusia yang bertopengkan syaitannirrajim tu *ayattt* penat kot berlatih tarian tu sampai cramp kaki sukahati dia je ruin everything yang kitorang dah set up cantik cantik tu. geram tu memanglah geram tapi mungkin kami takde rezeki nak perform masa tu :') mintak mintak markah untuk test tarian tu okay. AMINNNNNN!

Aku mengadu kat kakak, dengan selamba acik dia, dia suruh aku masukkan katak dengan cicak dalam beg budak tu. noob wey -..- bila mengadu dekat ibu. sejuk sikit hati ni, ibu suruh baca "LAILAHAILLA'ANTASUBHANAKAINNIKUNTUMMINALZALIMIN"

Ibu kata kalau kita dizalimi baca je tu, in shaa ALLAH, kezaliman tu berbalik semula kepada pelaku zalim tu :)

Bila mengadu kat Future Imam saya :3 (Izwan) dia cuma pesan banyakkan bersabar. in shaa ALLAH markah kami okay okay saja, hee, okay sayang :*

Izwan is the coolest man ever okay. apa masalah yang datang pun dia kata *watlek lah. benda boleh settle kan.* hahaa, memang kena sangatlah dengan aku, aku ni papehal semua nak panik je memanjang. heee 

Okay, maaf sebab tiba tiba tertukar topik.....

Apa apa pun, wish me luck for my final okay! amin :)