Thursday 17 October 2013

Kemaruk?

konbanwa minasan!

ni aku nak cerita pasal kemaruk. kemaruk apa? banyak term dalam kemaruk ni. kemaruk paling teruk kemaruk bercinta. yang ni susah sikit nak ubat haihh.

dah jadi hobi, aku memang suka perhatikan orang sekeliling. tapi kali ni kita nak cerita pasal kemaruk bercinta kan? so, fokus untuk bab tu je. kadang kadang ada pasangan yang partner dia suka senyap je waktu bercinta *macam wan. hiks* tak suka heboh sangat. biar diri dia dengan pasangan je yang tau indahnya percintaan diorang. ekeke, maksud senyap waktu bercinta ni bukannya tak contact ke apa, contact cuma tak expose sangat pasal hubungan mereka dengan orang ramai. kata orang tua tua kalau bercinta ni elok diam diam je kan? biar orang taktau. *rasanya wan praktik kan apa yang orang tua tua cakap tu, ahahaa. memandai je* nanti dah kahwin baru hebohkan.

ada juga pasangan yang partner dia macam tak pernah bercinta sekali dapat bercinta heboh satu dunia dia nak bagitahu. disebabkan sekarang ni zaman social medium yang merata rawa bersepah sepah ni, kalau boleh semua dia nak update pasal cinta dia, sayang dia. kat facebook, twitter, instagram, wechat, youtube, blog, semua la social medium lain. banyak kan? sebab tu lah boleh keluar gwiyomi versi setia hujung nyawa untuk makwe dia tu la, video budak couple seminggu bla bla bla. bukan tak boleh nak update, boleh. tapi fikirkan kesan dia. aku pun ada jugak la update pasal kesayangan *aceceyh, bajet sweet* tapi jangan melampau. fikirkan reaksi orang sekeliling bila tertengok atau terbaca apa yang kita update tu *ter ye* haa. yang ada ciri ciri macam ni la manusia yang kemaruk sangat bercinta.

ibu selalu pesan kat aku, dia kata adat berkawan ni berjaga jaga. jaga diri, jaga maruah. jaga maruah bukan setakat jaga harga diri korang je tapi termasuklah perkara perkara yang boleh mendatangkan malu pada korang dan mungkin keluarga korang. contoh, kita upload video kat youtube ke keek ke yang bersungguh sungguh nyatakan perasaan korang kat pasangan korang sampai timbulkan malu pada diri sendiri dan keluarga. malu kan?

so, renung renungkan :)