Friday 19 July 2013

Poligami

Assalamualaikum, ada dengar cerita pasal Asyraf Muslim kahwin no. 2? ramai yang marah marah kan? kita takde hak sebenarnya nak masuk campur dalam hal rumahtangga mereka. mungkin tu sebahagian daripada ujian dalam rumahtangga mereka, kita taktahu kan?

Perempuan mana yang sanggup bermadu? sakitnya bila kena berkongsi kasih suami dengan wanita lain kan? *ceyh, cakap macam dah kahwin je. ahaha* cuma kalau aku memang tak mampu nak bermadu. tak mampu nak ikhlaskan hati untuk bermadu :') *tapi tak bermaksud aku menolak hukum Allah*........ cuba lihat dalil dalil di bawah ini :')

Dalil dari al-Quran:


1. Surah an-Nisa’ (4);3
وَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِى اليَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِسَآءِ مَثْنَى وَثُلَثَ وَرُبَعَ فَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْمَامَلَكَتْ أَيْمَنُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَىۤ أَلاَّ تَعُولُوا

“dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah denganseorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman”

2. surah an-Nisa’ (4):129
وَلَن تَسْتَطِيعُوۤا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ المَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” 

3. As-sunnah


وعن ابن عمر قال : أسلم غيلان بن سلمة وتحته عشرة فقال له النبس (ص) خذ منهن أربعا
Imam Ahmad, Ibn Majah, Tirmizi, Hakim, Dar al-Qutni, Haithami dan Baihaqi melaporkan daripada Ibn Umar, Ghailan bin Salamah al-Thaqafi memeluk Islam sedangkan pada masa yang sama mempunyai 10 orang isteri. Maka Rasulullah berkata, “ Pilihlah daripada kalangan mereka empat orang sahaja.”


عن قيس بن الحارث قال : أسلمت وعندي ثمان نسوة فأتيت النبى (ص) فذكرت له ذلك فقال اختر منهن أربعا 
Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : ketika aku masuk Islam, aku mempunyai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah saw menyuruh aku memilih dari kalangan mereka empat orang 

(Abu Daud)


Renung renungkan sahabat :)