Monday 4 February 2013

SENYUM :)

Assalamualaikum :) kali ni rasa nak update entry pasal SENYUM. Macam-macam kelebihan senyum sebenarnya. 




walaubagaimana beratpun dugaan yang kita dapat, teruskan tersenyum. ingat, ALLAH takkan duga hambaNYA dengan dugaan yang hambaNYA tak mampu pikul. jadi walaupun kamu rasa dugaan tu berat, tapi kamu mampu hadapinya sebabtu ALLAH duga. jadi takde sebabkan untuk kamu berduka. teruskan saja tersenyum. Chillax! ALLAH ada :) kalau kamu senyum dugaan yang payah/susah gila nak mati tu akan senang je kamu nak hadapi. jangan sedih sedih lagi ye sebab senyuman tu boleh buat masalah yang dihadapi tu rasa ringan sangat. tak percaya? cubalah :)

Selain mudahkan segala masalah yang berserabut dalam kepala macam hutan belantara yang tak pernah ada orang masuk tu, senyum juga boleh buat kita awet muda tau. tak percaya? cuba senyum selalu. mesti muka kita nampak muda 5 tahun dari usia sebenar. ahaks!

Lagipun, senyum boleh merapatkan hubungan dan dapat jodoh x) kalau kita selalu senyum mesti orang akan anggap kita ni seorang yang peramah. korang nak ke tegur orang yang mencuka je mukanya? mesti nak tegur orang yang selalu tersenyum kan :) so senyumlah. lagi satu yang pasal dapa jodoh tu. uols kan excited terlebih kalau bab bab jodoh ni. so, jangan lupa senyum bila jumpa dengan orang *tapi tak payahlah nak senyum sepanjang masa. nanti orang ingat kau orang gila* manalah tau kan ada hamba ALLAH yang ALLAH gerakkan hati dia untuk terpikat dengan senyuman uols tu :)

The most important about smile is SEDEKAH. senyum tu kan satu sedekah. teruskanlah senyum. awet muda dapat, masalah dapat dihadapi dengan mudah, mudah dapat jodoh, yang paling penting dapat pahala. senyumlah selalu okay ;)

Sunday 3 February 2013

ALHAMDULILLAH :)

Assalamualaikum. banyak berita gembira sejak akhir akhir ni. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat. Syukur Alhamdulillah :) hari Jumaat 1/2/2013 bermulanya sebuah kisah yang paling manis *haa, amekaw ayat minah bunga aku keluarkan. ahahaa* 

Masa tu tengah syok mengadap incik Baby ni *laptop* dengan secara tiba tiba terperasan satu post dekat group FTKW pasal result dah keluar. phewww, nervous baq hiangg. aku terus bukak Portal UMK dan jeng jeng jeng. result aku 3.66! aku menjerit masa tengok result. terkejut sangat sebab tak sangka dapat pointer tinggi macam tu. selama ni tak pernah dapat rasa pointer atas 3.0. alhamdulillah :') tak sia sia aku tak tidur malam sepanjang sem satu tu :') ibu dengan ayah suka sangat bia dapat tau result aku Dean List. Alhamdulillah :) malam tu incik bos tersayang text macam biasa. aku bagitahu dia result aku. dia cakap congrats. thanks sayang :)

esoknya pak cik napi kahwin. yang kelakarnya nak pergi Taman Perling boleh sesat sampai ke Setia Indah. lawak gila. si Maya pulak tak boleh tidur sebab asyik kena kacau dengan orang je. kesian Maya. hahaa, jap, nak tengok gambar pak cik aku kahwin. kejap ehh :3


















tengok pak cik kahwin rasa macam nak kahwin jugak. wan, jom kahwin! hahaa, gatal much! x)

semoga pasangan Mohammad Hanaffi bin Mohammed dan Nur Adida Izani berkekalan jodohnya sehingga ke akhir hayat dan semoga cepat dapat baby sedara. ahahaa