Sunday 28 July 2013

sudah lama tak berkarya

assalamualaikum. hari ini sahaja sudah dua kali aku singgah dan titipkan segalanya dalam kepala di dalam diari elektronik ini. kenapa aku guna bahasa seperti ini kali ini? kerana aku terbaca titipan rasa seorang saudara yang aku langsung tidak kenal, namun kisah hidupnya lebih kurang sama sepertiku. setiap bait ayat yang dia gunakan mengimbau kembali zaman aku hidup bersama pena dan helaian kertas sahaja satu ketika dahulu.

dulu, aku bercita cita nak jadi penulis. aku ambil semangat Usman Awang setiap kali ingin menulis. mengapa aku suka pada karya Usman Awang? kerana karya beliau cuma guna ayat yang biasa tapi menusuk. hebat bakat yang Allah kurniakan pada beliau.

siapa kata manusia yang hanya bersenjatakan pena tidak punya hidup? sebatang pena mampu menjatuhkan maruah diri. sebatang pena mampu meruntuhkan tembok iman di jiwa. sebatang pena mampu menjatuhkan kedaulatan sebuah negara. yang lebih dahsyat, sebatang pena mampu menghancurkan dunia. bagaiman? asah otak berkaratmu dan mula berfikir.

sejak kaki dijejak di bumi Kelantan, aku sepertinya sudah lupa dengan pena dan kertas kumal yang sering menemani aku satu ketika dulu. bukan saja mahu lupa, cuma terlalu sibuk dengan tugasan dunia yang tak pernah sudah. siapa kata aku tidak rindu untuk berkarya? rindu itu membuak cuma tak mampu diubat lagi rindu itu. kasihan bukan?

minat aku pada penulisan bukan dibuat buat. memang ia hadir secara semula jadi.

ramai yang tak percaya aku mampu menulis. mungkin kerana bahasaku kasar, aku bukan seperti penulis lain. dalam pena guna ayat romantis, di luar juga sama. aku cuma guna ayat romantis ketika menulis. di luar aku berbeza. bahasaku tidak seromantis penulis lain. aku cuma guna bahasa yang biasa digunakan. kadang kala dirojak bahasanya. hipokrit? tidaklah. itulah diriku. buat apa ikut cara orang lain jika diri sendiri dan orang lain selesa dengan diri ini?

karya terakhirku Amarah Sang Puteri yang mana ketika teman rumahku membaca cerita pendek itu melopong ternganga

"ini leya yang tulis? leya tipu che nien. leya tipu"

aku cuma mampu ketawa. itu reaksi yang biasa aku terima setiap kali orang yang tidak betul mengenali diriku ini membaca karya-karyaku. bukan tidak mahu terbitkan karya-karya itu, tapi aku lebih suka segala karya itu dijadikan harta peribadiku. 

mungkin satu hari nanti. aku akan berkarya kembali. insyaallah.

Monday 22 July 2013

What Women Want

Assalamualaikum. nak update blog ni lepas berbual dengan ibu petang tadi. ibu cerita pasal kemahuan orang perempuan ni. ibu cakap perempuan ni nafsu dia banyak terhadap barang barang perhiasan, baju, and benda yang cantik-cantik la.

Okay, kadang kadang kalau kita perasaan ada pasangan yang bf dia rajin belikan barang-barang perhiasan, teddy bear, apa apa la yang perempuan suka. kadang kadang ada juga bf nya yang tak kedekut tapi tak reti nak belikan barang barang macam tu. ibu cakap, lelaki ni kita nak kenal waktu kita berkawan lagi. kalau bf kita tu yang macam yang first tu sampai kahwin dia akan rajin buat surprise dengan barang barang macam tu. tapi kalau macam yang second tu barang rumah dia takkan kedekut, tapi dia tak reti buat surprise kat isteri dia dengan benda benda yang acah-acah sweet tu. ekekee

Back to the topic. perempuan suka lelaki yang suka bagi surprise kat dia. perempuan ni dia tak reti nak mintak mintak ni tapi dia nak orang yang dia sayang bagi dia something yang sweet ni. kononnya macam rasa dihargai la. *bukan mata duitan okay!*

Seriously, aku pernahlah rasa dapat bf yang suka bagi barang ni. tu pun dapat sekali dua je dari dia sebab jodoh tak panjang kan. yang aku still simpan sampai sekarang kerongsang yang dia bagi masa nak raya masa aku umur 17 tahun dulu. *tapi kerongsang tu aku bagi kat ibu lepas break up* sebenarnya aku jealous lah juga tengok couple yang dapat hadiah dari bf dia tapi..................hahaa, aku tak kisah mana pun sebab jenis aku pun waktu berkawan ni tak minat sangat bf aku bagi barang ke apa sebab takut termakan budi *tapi kalau bagi aku suka. hahaa*

Untuk kaum lelaki, memang perempuan suka sangat dengan hadiah hadiah yang korang bagi ni. bukan bermaksud kaum perempuan ni mata duitan cuma kami kami *kaum perempuan ni* rasa macam lebih dihargai. tu je.

Cuma kalau aku, cukuplah kalau dia ada untuk aku sepanjang hayat, *amboi ayat* dia selalu luangkan masa untuk aku, percaya aku semula lepas apa yang aku dah buat kat dia beberapa bulan lepas tu :') walaupun dia bukan jenis macam lelaki lain yang expose hubungan kami dekat orang ramai tapi dia sangat sweet sebenarnya. biarlah sweet kitorang orang taktahu kan. ihiks *okay, out of topic dah ni -_- *

okbai!

Friday 19 July 2013

Poligami

Assalamualaikum, ada dengar cerita pasal Asyraf Muslim kahwin no. 2? ramai yang marah marah kan? kita takde hak sebenarnya nak masuk campur dalam hal rumahtangga mereka. mungkin tu sebahagian daripada ujian dalam rumahtangga mereka, kita taktahu kan?

Perempuan mana yang sanggup bermadu? sakitnya bila kena berkongsi kasih suami dengan wanita lain kan? *ceyh, cakap macam dah kahwin je. ahaha* cuma kalau aku memang tak mampu nak bermadu. tak mampu nak ikhlaskan hati untuk bermadu :') *tapi tak bermaksud aku menolak hukum Allah*........ cuba lihat dalil dalil di bawah ini :')

Dalil dari al-Quran:


1. Surah an-Nisa’ (4);3
وَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُوا فِى اليَتَامَى فَانكِحُوا مَاطَابَ لَكُم مِّنَ النِسَآءِ مَثْنَى وَثُلَثَ وَرُبَعَ فَإِن خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْمَامَلَكَتْ أَيْمَنُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَىۤ أَلاَّ تَعُولُوا

“dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak yatim, maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil di antara isteri-isteri kamu, maka berkahwinlah denganseorang sahaja atau hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat supaya kamu tidak melakukan kezaliman”

2. surah an-Nisa’ (4):129
وَلَن تَسْتَطِيعُوۤا أَن تَعْدِلُوا بَيْنَ النِسَآءِ وَلَوْ حَرَصْتُمْ فَلاَ تَمِيلُوا كُلَّ المَيْلِ فَتَذَرُوهَا كَالمُعَلَّقَةِ وَإِن تُصْلِحُوا وَتَتَّقُوا فَإِنَّ اللهَ كَانَ غَفُورًا رَحِيمًا
“dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh hendak melakukannya, oleh itu janganlah kamu cenderung dengan melampau-lampau berat sebelah kepada isteri yang kamu sayang, sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung di awang-awang, dan jika kamu memperbaiki keadaan yang pincang itu dan memelihara diri daripada perbuatan zalim, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi.” 

3. As-sunnah


وعن ابن عمر قال : أسلم غيلان بن سلمة وتحته عشرة فقال له النبس (ص) خذ منهن أربعا
Imam Ahmad, Ibn Majah, Tirmizi, Hakim, Dar al-Qutni, Haithami dan Baihaqi melaporkan daripada Ibn Umar, Ghailan bin Salamah al-Thaqafi memeluk Islam sedangkan pada masa yang sama mempunyai 10 orang isteri. Maka Rasulullah berkata, “ Pilihlah daripada kalangan mereka empat orang sahaja.”


عن قيس بن الحارث قال : أسلمت وعندي ثمان نسوة فأتيت النبى (ص) فذكرت له ذلك فقال اختر منهن أربعا 
Daripada Qais bin al-Harith beliau berkata : ketika aku masuk Islam, aku mempunyai lapan orang isteri kemudian datang Rasulullah saw menyuruh aku memilih dari kalangan mereka empat orang 

(Abu Daud)


Renung renungkan sahabat :)

Wednesday 17 July 2013

Crying In Rain. HURTS?





Crying in rain. no one know you're crying. 'cause the rain covered your tears. by letting the drop of water combine with your tears. running down your cheek together. how sad. no one know you were crying. same goes to your heart now. even though your eyes dried. even though your lips smiled. your heart crying. deep inside. too deep. no one know you were crying. only Allah knew. ask Allah for strengthen your heart. your emotion. your physical. too many things happened. crying? that's the only way to reduce the hurt beside the du'a. 

Monday 15 July 2013

suka

assalamualaikum and hai :) lama tak update. laptop problemmo! tension gua. saja je pun update blog ni. bosangggg. sekarang ni macam macam yang keluar kat youtube kan? tapi ada satu video ni memang aku minat sangat sangat. dalam rancangan Ellen, sorang budak kecik ni nama dia Kai. dia kalau nyanyi semangat gila. suka tengok. aku minat dia nyanyi Grenade. wan minat Kai nyanyi When I Was Your Man. nak tengok video Kai? Klik Sini serious comel!

Thursday 4 July 2013

LOVE and HATE




sometimes someone that you really hate become someone that you really love and someone that you really love become someone that you really hate.





P/S : I used to love you before. I also used to hate you before. Now, I really love you. Don't make me hate you once again. Hugs and Kisses. I Love You.

Monday 1 July 2013

.

assalamualaikum. hye, aku bosan. aaaaaaa, gila bosan dah ni. duduk kelantan bosan, duduk johor pun bosan. nak duduk mana yang tak bosan wey? nak dating bakal laki jauh. gitu? aaaaaa, whatudu whatudu? nak hangout dengan kawan semua senyap je. pastu aku takde transport. duit pun tinggal lima ringgit tu je la. aduhhhh, bosan tahap moksha dah ni. duduk rumah aku dah reti masak *World Book Record uols* tapi motif sekarang update blog ni sebab aku bosan. esok nak buat apa pun aku taktau. najib pun takde datang borak borak macam selalu. boring aaaaaaaaa. nak tunggu ain balik dari mesir bulan lapan nanti alahai lamanya. tu pun not sure ibu lepaskan ke tak aku pergi jumpa ain kat jb. nak jumpa wan :'( gilalah rindu. haihhh. tension aaaa duduk rumah. nak kerja malas, hm.