Sunday, 28 July 2013

sudah lama tak berkarya

assalamualaikum. hari ini sahaja sudah dua kali aku singgah dan titipkan segalanya dalam kepala di dalam diari elektronik ini. kenapa aku guna bahasa seperti ini kali ini? kerana aku terbaca titipan rasa seorang saudara yang aku langsung tidak kenal, namun kisah hidupnya lebih kurang sama sepertiku. setiap bait ayat yang dia gunakan mengimbau kembali zaman aku hidup bersama pena dan helaian kertas sahaja satu ketika dahulu.

dulu, aku bercita cita nak jadi penulis. aku ambil semangat Usman Awang setiap kali ingin menulis. mengapa aku suka pada karya Usman Awang? kerana karya beliau cuma guna ayat yang biasa tapi menusuk. hebat bakat yang Allah kurniakan pada beliau.

siapa kata manusia yang hanya bersenjatakan pena tidak punya hidup? sebatang pena mampu menjatuhkan maruah diri. sebatang pena mampu meruntuhkan tembok iman di jiwa. sebatang pena mampu menjatuhkan kedaulatan sebuah negara. yang lebih dahsyat, sebatang pena mampu menghancurkan dunia. bagaiman? asah otak berkaratmu dan mula berfikir.

sejak kaki dijejak di bumi Kelantan, aku sepertinya sudah lupa dengan pena dan kertas kumal yang sering menemani aku satu ketika dulu. bukan saja mahu lupa, cuma terlalu sibuk dengan tugasan dunia yang tak pernah sudah. siapa kata aku tidak rindu untuk berkarya? rindu itu membuak cuma tak mampu diubat lagi rindu itu. kasihan bukan?

minat aku pada penulisan bukan dibuat buat. memang ia hadir secara semula jadi.

ramai yang tak percaya aku mampu menulis. mungkin kerana bahasaku kasar, aku bukan seperti penulis lain. dalam pena guna ayat romantis, di luar juga sama. aku cuma guna ayat romantis ketika menulis. di luar aku berbeza. bahasaku tidak seromantis penulis lain. aku cuma guna bahasa yang biasa digunakan. kadang kala dirojak bahasanya. hipokrit? tidaklah. itulah diriku. buat apa ikut cara orang lain jika diri sendiri dan orang lain selesa dengan diri ini?

karya terakhirku Amarah Sang Puteri yang mana ketika teman rumahku membaca cerita pendek itu melopong ternganga

"ini leya yang tulis? leya tipu che nien. leya tipu"

aku cuma mampu ketawa. itu reaksi yang biasa aku terima setiap kali orang yang tidak betul mengenali diriku ini membaca karya-karyaku. bukan tidak mahu terbitkan karya-karya itu, tapi aku lebih suka segala karya itu dijadikan harta peribadiku. 

mungkin satu hari nanti. aku akan berkarya kembali. insyaallah.

No comments:

Post a Comment