assalamualaikum, ohaiyoo gozaimasu minasan!
friends atau bahasa melayunya kawan. beri definisi kawan tu. kalau ditanya macam tu, mesti ramai yang akan jawab "oh, kawan tu lebih kurang macam partner la, dialah yang lebih faham kita sebab dia lebih kenal kita. dialah yang rajin teman kita pergi mana mana, tau apa yang kita suka atau tak suka, bla bla bla.........." kebanyakannya akan cakap macam tu la kan. hm
kenapa kita perlukan kawan? perlu ke ada kawan? bagi aku perlu. kenapa???
aku antara salah sorang manusia yang wujud dalam muka bumi ni yang susah sangat nak dapat kawan. bila dapat kawan, happy sekampung uols, hiks. masa sekolah dulu aku dapat rasa yang aku ni macam takde kawan, ke mana mana sorang. bila orang susah baru nak cari aku. sedih kan? bila umur naik 16 tahun, aku mula rasa yang orang sekeliling boleh terima aku. jadi kawan aku, seronok habaq hang! mungkin dulu sebab perangai aku yang agak baran ni buat diorang tak selesa. aku cuba untuk kurangkan baran tu, dan alhamdulillah, Allah beri apa yang aku nak. kawan. dan yang paling aku bersyukur sangat, hubungan persahabatan kitorang ni kekal dari zaman sekolah hingga zaman masing masing terpisah masuk Universiti. bila cuti, kalau ada kelapangan waktu memang kitorang akan berkumpul, kongsi cerita masing-masing, lepaskan rindu, semua lah. aku bersyukur dan seronok dapat kawan macam korang :)
Raya 2013 :) |
bila mana habis sekolah je, aku pun berjaya sambung pengajian ke Kolej Matrikulasi Johor. kat sana aku jumpa dengan kawan yang paling aku sayang, Nurul Nadia Binti Addie Mustaffa. dialah yang faham kepala angin, kepala batu aku, pandai kawal keadaan bila aku marah, banyak jaga aku waktu aku sakit, tempat aku mengadu segala masalah, kelakar, pandai, selalu bagi nasihat, yang penting kami satu kepala. satu tahun di matriks tu sebenarnya kenangan terindah dalam hidup aku. kawan kawan yang memahami, walaupun terpisah universiti *macam aku dengan nadia, aku dekat Malaysia, tapi dia dekat India* ramai yang masih setia dengar dan kongsi segala masalah, macam Nadia, Aineen, Ain, Fatin, Sim, Aj, Sheeren, Nurin, Hafis, Wanie, Yanie, Syaa semua sekalilah. aku rindu diorang T.T
Nurul Nadia Binti Addie Mustaffa, Medic di Bangalore, India. I Miss You la mak cik :( |
Aineen Zahieda Binti Masiman, Universiti Tun Hussien Onn, Malaysia |
Nurul Ain Binti Daud, Medic, Universiti of Zagaziq, Egypt |
KMJ2011/2012 (MS41) *tak semua ada dalam gambar ni* |
I wish I could turn back time. to meet all of you once again. rindunya kat semua |
bila habis pengajian setahun dekat KMJ, aku pun dapat tawaran ke Universiti Malaysia Kelantan bawah kursus Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan Dengan Kepujian. adat hidup jauh dari keluarga, hidup sendiri kan? kat UMK pun aku takde jumpa lagi kawan yang betul betul rapat macam aku dengan yang lain masa zaman sekolah dengan matriks dulu. mungkin baru lagi agaknya. baru setahun menetap kat situ hm. kesudahannya, nak ke kelas, sendiri. nak pergi makan, sendiri. sakit pun, sendiri. semuanya sendiri. tak mengharap simpati orang pun cuma teringin sangat nak berkawan rapat macam yang lain. aceceyh, poyo buat cerita sedih. tapi takpelah. situasi macam nilah yang ajar aku berdikari kan? husnuzon :)
ni pun antara kawan baik dari zaman sekolah sampailah sekarang. dari kiri: bakal pensyarah (amin), bakal ahli geografi, bakal doktor |
dari mereka semua ni aku banyak belajar erti kehidupan. tak kiralah kawan yang rapat gila, rapat, biasa biasa atau yang jarang bertegur. thanks for being my friend.
No comments:
Post a Comment