Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum :)
Kali ni entry pasal lagu yang aku sendiri buat *lirik je*
Terima kasih kat sepupu tersayang, Zaki Jasman sebab tolong akak buatkan rentak lagu ni dan digubah semula oleh kawan satu fakulti, Amin Sham. mula-mula lagu ni macam sedih je, tapi digubah semula oleh Amin sampai aku dengar dah macam muzik ala-ala indie gituuu. hahaa. Terima kasih juga kat Amin dan Fatin sebab sanggup lagi sudi mainkan gitar untuk rakaman lagu ni *kualiti rakaman agak tak memuaskan sebab guna video handphone biasa*
Takdelah sedap mana pun lagu ni. aku buat lagu ni pun untuk assignment falsafah ilmu dan dipuji oleh Dr Hisham *bangga sikit* hahaa. dia kata "kumpulan yang buat lagu tu saya bagi markah lebih sikit sebab effort awak untuk buat lagu tu. saya tau buat lagu ni bukan satu kerja yang mudah" terima kasih Dr :)
Suara pun ke laut. jyeahh suara tak semerdu macam buluh perndu :P aceyyy ayat. kakakakaka, tapi disebabkan assignment sendiri kenalah nyanyi sendiri kannn. so dengan suara baru bangun tidur tambah pulak tengah sakit tekak masa ni aku pun gagahkan diri untuk nyanyi sebab sebenarnya masa ni due submit assignment dah terlebih. nak tak nak suara tak sedap ni pun kenalah juga nyanyi. muahahaa.
Aku sertakan sekali lirik, chord gitar dengan video lagu ni kat dalam entry kali ni :)
Sekian.
Izinkan Aku
Namun
dia tetap diam
B D# e Em
Walau
ku tahu jiwanya kini serabut
Tapi
senyum masih di bibirnya.
B D# e em
Terkadang
aku lihat mata tua termenung
Gundah
dan resah bercampur
B D# E Em
Ingin
ku cuba berkongsi apa yang kau rasa
Namun
kata kau biar.
B D# E Em
Berhentilah
berdiam mengaduh sugul
D# e
Kisahkan
padaku apa menyerabut
Em B
Adakah
semua itu kerana aku.
B D# E
Em
Wahai
bonda gapailah tanganku
D# E
ku
kan cuba bahagiakan kamu
Em B
Sebagaimana
kau setia di sisiku.
B D# E Em
Wahai
bonda bercukuplah memendam apa
Yang
kau rasakan
B D# E Em
Bisikanlah
padaku walau sekali
Agar
dapat ku mengerti.
B D# E Em
Katakan
apa yang harus ku lakukan
Untuk
balas apa kau berikan
B D# E Em
Walau
ku tahu takkan terbalas hingga mati
Ku
harap syurga untukmu