satu hari entah berapa kalilah kan aku nak tulis blog. lantaklah. hahaa. dari tadi usha usha FB sekali jumpa something yang agak best tu yang nak share
haa, takut tak tengok gambar tu? hahaa. kononnya masa mula masuk sem/masuk U punyalah smart *bakal student dean list kononnya* sekali last sem amik kau dia punya selekeh. hahaa.
ada yang cakap dengan aku "alaa, ni patutnya untuk budak medic ni" ada juga yang cakap "untuk budak engineer ni" habis kau ingat yang amik course seni macam aku tak gila? hahaa. open your mind la sikit cik abang/cik kak. semua course kat U ni susah, serious! dulu aku ingat kalau aku apply course Pengajian Warisan ni takdelah pecah otak sekali dah masuk, subhanallah. nak pitam! projek berlambak! *tapi dah masuk dah pun, redha jelah*
dulu masa mula masuk U aku perhati je ramai yang punyalah smart dengan kemeja, seluar slack siap dengan neck tie + kasut kulit hitam berkilat yang entah satu hari suntuk gilap guna kiwi tu dia pakai. agaknya kalau boleh pakai bow tie tu diorang pakai juga. yang perempuannya dengan baju kurung cantik cantik, kasut tutup. ayu je. tapi bila dah lama lama, baju renyuk pun pakai juga bawak ke kelas *aku pun dalam kategori tu* bukan pemalas nak iron baju, tapi tak sempat. serious ni :D
antara sebab lain, U tempat aku ni antara U yang tak kisah pun korang nak pakai baju apa pun pergi kelas. cuma sem ni la ada sesetengah kelas yang ketat sikit peraturannya, kena pakai pakaian formal.
berkaitan gambar burung hantu kat atas tu, aku rasa sem ni mungkinlah aku jadi macam tu *mungkin je* sem ni LIMA PROJEK HABAQ HANG. mana nak cekau masa siapkan projek *sebenarnya luang masa kat blog ni pun dah kira buang masa* tu baru projek belum kira assignment lagi. sadis kan?
lepas solat mohon baca ni "SEMOGA NURUL ALIYAH BINTI RAMLI DAPAT DEAN LIST DAN TAK GILA SEM NI. AMIN"
No comments:
Post a Comment