Saturday, 4 January 2014

Wahai Muslimah

Assalamualaikum. Konbanwa minasan.


Well, setelah beberapa lama tak update blog. Kali ni aku nak update satu blog pasal satu perkara yang sering jadi buah mulut ramai orang. Pasal hijab atau tudung.


Kes pertama. Selalunya orang kaitkan aurat perempuan dengan tudung. Kiranya pakai tudung tu dah tutup aurat? Salah sayang. Walaupun aku bukan salah seorang hamba Allah yang menutup aurat dengan sempurna *sedang berusaha ke arah itu* tapi aku membangkang pernyataan orang ramai yang bila kita dah pakai tudung tu dah tutup aurat. Katanyaaa. Menutup aurat tu bila menutup segala anggota tubuh selain muka dan tapak tangan dan tidak menampakkan bentuk badan. Ada je yang pakai tudung tapi nampak leher. Tu bukan menuup aurat namanya. Faham?


Kes kedua. Perangai diri yang dikaitkan dengan tudung yang berada di atas kepala.  Katanya perangai diri tu perangai dirilah, tudung tu kewajipan untuk menutup aurat katanya.  Sayang, muslimah tu kan sifatnya lemah lembut, sopan santun, jaga percakapan, taat pada Allah dan ibu bapa. Bagi aku, kalau sudah sedar diri tu pakai tudung, pakai pakaian yang betul betul menutup aurat, kenapa nak cemarkan keindahan tu dengan perangai yang tidak elok? Bila diri sendiri berperangai tidak elok dan orang sekeliling menghakimi diri tersebut engan mengaitkan cara penampilan dirinya tahu pula marah. Aku nasihatkan korang pergi belajar Antropologi dan Sosiologi.  Belajar tentang manusia. Tengok diri sendiri depan cermin “aku kutuk tak orang yang elok menutup aurat tetapi buruk perangainya? Aku kutuk orang tersebut pasti dengan kaitkan penampilannya juga”  bohong kalau manusia tak bersifat begitu. Itu lumrah untuk manusia. Mengadili seseorang dengan melihat penampilan seseorang tersebut. So, kalau rasa taknak dikutuk oleh sebab perangai yang tidak seberapa elok dan taknak perangai diri yang dikutuk tu dikaitkan dengan tudung atau penampilan kita apa kata kita ubah perangai kita. Jangan asyik salahkan orang. Tanya dulu diri sendiri apa salah kita barulah tuding jari pada orang lain ye sayang.




Tu je kot nak update untuk hari ni. Semoga mendapat manfaat dari apa yang cuba disampaikan J

Saturday, 2 November 2013

Kehidupan

Assalamualaikum. Konnichiwa Minasan!

Hidup ni, kalau takde masalah takde dugaan bukanlah kehidupan maknanya. selalu sangat ada yang mengadu, tak kurang jugak menyalahkan takdir "Kenapa macam ni? kenapa macam tu? kenapa? kenapa?" 

Hidup ni memang takkan pernah lari dari masalah, tugas kita ialah menghadapi masalah bukan lari dari masalah. semakin kita lari dari masalah tu, makin besar masalah yang kejar kita. makin berganda ganda masalah yang datang hentam kehidupan kita. nak camtu? tak nak kan?

Ada macam macam cara sebenarnya untuk hadapi segala masalah dengan tenang. ikut pada keselesaan individu tu sendiri. ada yang lagi suka diam bila ada masalah, ada yang perlukan tempat untuk mengadu, tempat untuk luahkan segalanya yang terbuku dalam hati, cewahh ayat. kalau macam aku, ada certain masalah je yang aku akan mengadu, itupun dengan kawan dan keluarga yang aku percaya diorang mampu untuk tolong aku selesaikan masalah aku dengan sempurna. kadang kadang bukannya nak diorang selesaikan masalah kita sangat, cuma nakkan seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk kurangkan beban yang memberat dalam kepala dan hati. bukannya minta selesaikan pun. so, carilah yang paling sudi pinjam telinga ya.

Ada pula certain masalah yang perlu disimpan dalam hati. jenis masalah yang macam ni adalah masalah yang kalau kita luah boleh timbul masalah yang lagi besar.so, untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lagi besar tu lebih baik kalau kita simpan sendiri dan cari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah tersebut.

Pegang kata kata ni dalam kehidupan

"BENDA MUDAH BUAT APA DISULITKAN?"
"BENDA BOLEH SETTLE JANGAN DIPERSUSAHKAN"
"ALLAH TAKKAN BAGI DUGAAN YANG HAMBA-NYA TAK MAMPU PIKUL"

senang kan?

Tuesday, 29 October 2013

Wahai Lelaki.......

Assalamualaikum. Konbanwa Minasan!

tajuk entry macam sheramm. hahaa. takdelah cuma nak saling ingat mengingatkan antara satu sama lain. tak salah kan?

kadang-kadang dalam satu perhubungan, orang selalu salahkan perempuan, itu la, ini la. kebanyakkannya cakap hubungan yang musnah di tengah jalan tu *amboi ayat* sebab perempuan. tapi kebanyakkan jelah, tak semua. pernah terfikir kenapa perempuan buat semua ni? betul ke memang salah perempuan tu tak setia ke cepat bosan ke apa ke?

*Note: bukan nak racist. bukan nak menyebelahi perempuan. tapi nak biar lelaki tahu pasal perasaan perempuan ni. jangan asyik tuding jari tak memasal je kat kami kaum yang lemah ni. hahaa*

kadang kadang perangai lelaki tu sendiri yang buat hati perempuan beralih arah. jangan suka tuding jari. tengok diri sendiri dulu, selidik salah sendiri baru cari kesalahan dalam diri orang lain....

jangan sangka kami kaum yang lemah yang punya hati suci lagi murni ni tak kuat. aceyy, macam minyak masak pulak. hahaa. mungkin kudrat kami lemah tapi hati kami kuat. jangan tipu orang perempuan. senang je kantoi. serious tak tipu. sebabnya Allah bagi kelebihan firasat hati yang kuat kat perempuan ni. untung kan jadi perempuan? bersyukurlah.

wahai lelaki, buat kata korang dah ada seseorang yang korang sayang, yang dah ada dalam hati korang. please, jaga baik baik. lebih lebih lagi yang memang dah serious dalam perhubungan korang macam dah tunang, dah nak kahwin. jaga perasaan wanita anda. tolong lupakan semua gadis gadis masa lalu yang korang pernah ada. memang susah nak lupa. tapi cuba. sebab, bukan mereka semua yang nak jadi isteri korang. yang depan mata tu. buat kata bakal isteri korang tahu yang korang masih ingat, masih sibuk nak bagitahu dengan gadis gadis sebelum dia yang korang masih rindu, masih ada perasaan ke bla bla bla dan sewaktu dengannya, apa perasaan bakal isteri korang? kalaulah korang kat tempat bakal isteri korang, sakit tak bila kena macam tu? sakit kan?

bila kena kat aku, jawapan aku senang "awak dah bertunang, tolong jaga hati tunang. saya dah tak penting. anggap saya tak pernah wujud....."

bukan apa, cuba kalau kena atas batang hidung sendiri encik tunang kesayangan buat macam tu, mau menangis tak berlagu. dalam Islam ada kifarah yang lebih kurang sama dengan karma. what you give you get back. serious tak sanggup. hehee. cerita macam dah bertunang je. hahaa. belum lagi. ada rezeki nanti barulah tunang. sekarang fokus studyyyy.........

korang fikirlah tajuk apa yang sesuai untuk entry ni

Assalamualaikum. Ohaiyoo Gozaimasu Minasan!

semalam hari yang penuh dugaan. macam macam jadi sampai terlupa birthday kakak sendiri. okay, parah kan? tapi dah wish dah. so, kira settle. hahaa. kerja banyak gila! ahhh, adat lah kan kalau jadi pelajar Universiti. tapi.....hm. entah kenapa aku rasa sekarang macam diserang insomnia. mengantuk yang teramat tapi tak boleh tidur. why why??? harap dapatlah tidur malam ni sebab kepala dah pening tahap dewa tak mandi dah ni.

disebabkan terlalu pening, terlalu confuse dengan banyak kerja yang tak siap lagi *tapi sempat je nak update blog. ahahaa* bukan setakat orang sekeliling, kesayangan yang nun jauh dekat pasir gudang sana pun kena layan aku mengarut *padahal dia tengah study hard tu. tengah exam week la katakan* maafkan adinda. ekeke.

ni aku dah buat 20 design lampu baru. kalau kena reject lagi aku taktahu la nak buat macam mana. mintak mintak tak kena reject. amin. dengan dah seminggu takde air. dah macam minah setinggan dok menyangkung tadah air kat salur air besar belakang rumah dengan housemates. dugaan sungguh. kuatkan hati ini Ya Rabb. amin.

ibu, nak balik Johor :'( baru seminggu balik sini semula simptom stress tu dah keluar. demam dalam tempoh yang lama baru nak kebah, senang sakit, selalu sakit dada, kurang selera makan, insomnia, termenung, over thinking, haihhh. agaknya kalau dah kahwin macam ni jugak perangai, botak kepala suami aku melayan aku. hahaa.

okay la. marilah sambung buat kerja yang terbengkalai ni. kbai


Birthday Girl! kakak tersayang. hahaa, selamat hari tua!!



Saturday, 26 October 2013

Nak Kulit Flawless??

Assalamualaikum. Konbanwa Minasan!

hari ni nak cerita sikit pasal make up. ada yang tanya "Leya guna bedak apa? share sikit" okay, nak ceritalah ni. hahaa.

okay, dulu aku guna bedak Magic BB Foundation SilkyGirl.






okay, tu dulu la. dulu masa guna bedak ni, aku guna agak tebal. sebab apa, aku pun taktau. hahaa. lepastu dapatlah satu nasihat yang ikhlas dan cukup jujur dari encik kesayangan "Tayah la make up tebal sangat, macam hantu nanti mukanya" okay, DEEP. sekarang aku dah ubah ke bedak arab. aceyh. bajet orang arab la kononnya. nak tengok macam mana bedak arab? 



yang ni Russet.

kenapa ubah ke bedak ni? sebab bedak ni jimat sikit kalau guna. lagipun kalau pakai nampak cam flawless flawless giteww kat muka. sepanjang aku guna bedak ni, aku tak guna foundation langsung. cuma pakai moisturizer lepastu tanaka sapu nipis nipis then tadaaa, sapu bedak arab ni nipis je. wallahhh, rasa macam kulit orang arab. flawless giteww jah.




nilah dia muka bajet babyface yang guna bedak arab tu. ekeke


Tuesday, 22 October 2013

Pasangan berkawan dengan lain jantina tu salah?

Assalamualaikum. Konbanwa minasan!

ada yang merungut kat aku,

kawan:  "makwe/pakwe aku layan lelaki/perempuan lain"
aku: "so?"
kawan: "jealous doh. mana boleh camtu. hm"
aku: "makwe/pakwe kau tu laki/bini kau yg sah ke macam mana?"
kawan: "tak"
aku: "dah tu relax la. bukan dia tinggalkan kau lepas dia layan orang tu kan?"
kawan: "zzzzz"


cerita dia macam ni. memang jealous kalau pasangan kita layan perempuan/lelaki lain kat alam realiti dengan alam maya ni. perasaan tu tetap akan ada. tipu lah kalau takde, melainkan kalau hati korang tu semua hati tembok konkrit yang tak roboh walaupun kena rempuh dengan bola besar tu. aceyy. tapi, kenalah setiasa fikir positif, husnuzon. sebabnya, cuba fikir kalaulah pasangan kita tu kena kerja yang kena layan semua jantina macam promoter kat body shop ke, apa ke, kalau korang kongkong macam mana dia nak buat kerja? 

pasangan ni kalau buat kata dia ada kawan baik yang lain jantina sebelum in a relationship dengan korang takkan la dia sanggup nak tinggalkan persahabatan yang sekian lama terjalin tu semata mata untuk korang? serious tu benda paling bodoh dalam dunia kalau korang buat. 


lagi satu, pasangan kita tu belum sah jadi isteri atau suami korang. so, korang takde hak untuk sekat pergaulan diorang *kecuali kalau pergaulan tu melampau tu memang wajib ditegur*

yang paling penting sebenarnya bergantung pada hati. kalau hati betul ikhlas bercinta dengan pasangan kita tu, macam mana banyak pun dia berkawan dengan lain jantina, tu tak pernah jadi sebarang masalah pun sebenarnya. tapi berpada-pada jugaklah. jaga jugalah hati cik abang/cik akak kita ye. hehee.

nahh, ni hati yang penuh dengan ikhlas ni. hahaa


omomoo, comelnya. agak agak izwan boleh buat camni jugak tak? hahaa, okay. takde kaitan









Sunday, 20 October 2013

Beautiful Dove, Please Send This To My Love

loving you is like a fairy tale. 
they'll never understand the way we feel
they'll never understand us.

I'm hard to love
but when it come to you
it's different

when the sense of longing hit
I'm hurt
tears rolling through my cheek
hoping that you the one will wipe all those tears
but you are so far away................
nah, but!
I'm happy be with you.

keep me in your heart
because you're the one who there in my heart
I'll waiting for you to get me into your life
to live happily ever after
like the other fairy tale.

keep holding on our promises
I'm sorry 'cause sometimes I hurt you
I'm sorry for your every tears when I do make a mistake
I'm sorry
I love you
too much.







Note From Your Love
      aliyah