Sunday, 10 March 2013

Mata Maya dah baik :D






Assalamualaikum :) Hari tu Maya sakit mata. kesian mata kanan dia bengkak teruk. baru ingat nak bawa pergi Vet malam tu bengkak dia pecah. macam nak menangis masa bersihkan nanah kat mata dia sebab kesian sangat :'(

Tapi even sakit pun Maya masih lincah macam biasa, melompat sana melompat sini. lega la sikit hati ni :)

Maya sangat degil dan buncit ye sekarang. nyiahahaa.

Alhamdulillah :)


hye, Maya dah baik :*

Rose Vs Heart



Assalamualaikum. nampak apa tu? 


And now this one. nampak?

okay, entry kali ni pasal "Rose Vs Heart" *nak bajet jejiwang hari ni kejap* 

kalau perasan orang yang dalam hubungan "in a relationship or something same like that" *tak kisahlah Kekasih Halal atau on the way ke halal* semua nakkan kebendaan atau dalam kata muah dia "Materialistik"

Ramai yang cakap pasangan yang beri bunga "Rose" ni romantik. ya, tak disangkal lagi benda tu. tapi macam mana yang tak beri tu? tak romantik?

Bohong kalau aku cakap aku tak pernah nak pun orang bagi rose ke chocolate ke. teringin sebenarnya bila tengok pasangan lain dapat semua tu dan aku sendiri tak pernah dapat :') *sedih kejap* pernah juga berangan nak dapat bunga dari someone *siapa siapa je* tapi bila fikir semula. barang-barang tu semua tak penting. yang penting HATI mereka. kann?

Kebendaan tu semua dunia. kalau dalam hubungan, rose saja tak mampu tak buat hubungan tu kekal sampai ke JANNAH. kann? lain pula dengan hati. kalau betul ikhlas dengan seseorang tu, In Shaa Allah, hubungan tu kekal sampai ke hujung nyawa. 

so, fikirkan siapa yang menang. Adios!

Sunday, 3 March 2013

How To Choose Your Mr. Right



Assalamualaikum. haa, nampak gambar tu? syok kan kahwin. ahahaa

before start melalut. namapk title post tu? 'How To Choose Your Mr. Right' nampak??

entry kali ni tentang cara nak memilih 'Mr. Right'. yes, Leya bukannya ada pengalaman pun tentang perkara macam ni. cuma nak berkongsilah ciri-ciri 'Mr. Right' yang betul betul terbaik untuk kita *say thanks to Puan Zalinah "ibu" sebab dia yang tetapkan ciri-ciri dan garis panduan nak cari Mr. Right ni* tak semua lelaki sesuai untuk kita. get it?

First of all *aiseyy, speakang!* nak cari Mr. Right ni kita tak boleh tergesa-gesa. baru kenal terus nak declare. kalau orang tu betul ikhlas dengan kita takpelah juga. ini baru kenal. entah-entah dia cuma nak main-mainkan perasaan kita je. tak ke parah tu? sebab jangan tergesa-gesa? sebabnya kita kena kenal dulu dengan "someone" tu sebelum pilih dia untuk jadi peneman hati kita. manalah tau "someone" tu kaki pecah rumah ke *selisih malaikat 44* tak ke haru kalau kita dah declare baru tahu kerja dia sebenar tu apa.

Kedua. cari lelaki yang sanggup rendahkan ego dia untuk kita. sebabnya, lelaki yang sanggup rendahkan ego dia untuk seorang wanita yang bukan mahram baginya adalah lelaki yang benar-benar sayangkan wanita tersebut dan betul-betul ada niat untuk memperisterikan wanita itu. seriously, susah nak cari lelaki macam tu..

Ketiga. cari lelaki yang tak pernah cakap benda-benda kotor 'lucah' dekat kita. sebabnya, lelaki macam tu dah memang jelas terang lagi nyata tak bagus. lelaki macam tu selalunya suka ambil kesempatan terhadap wanita. ingat! jangan sesekali dekati lelaki yang suka cakap benda lucah/porno ni. okay!

Keempat. cari lelaki yang tak pernah tinggikan suara dan tak pernah hamburkan kata-kata kesat pada kaum wanita. ingat! lelaki macam ni selalunya baran dan kaki pukul dan.............tak pelik kalau kita dah nikah nanti dia akan hamburkan segala jenis kata-kata kesat yang paling kasar gila nak mati kalau bergaduh nanti. serious, takut kot.

yang paling penting, ingat! cari lelaki yang mampu membimbing kamu *kaum wanita* ke JANNAH bukan ke JAHANAM.

Monday, 4 February 2013

SENYUM :)

Assalamualaikum :) kali ni rasa nak update entry pasal SENYUM. Macam-macam kelebihan senyum sebenarnya. 




walaubagaimana beratpun dugaan yang kita dapat, teruskan tersenyum. ingat, ALLAH takkan duga hambaNYA dengan dugaan yang hambaNYA tak mampu pikul. jadi walaupun kamu rasa dugaan tu berat, tapi kamu mampu hadapinya sebabtu ALLAH duga. jadi takde sebabkan untuk kamu berduka. teruskan saja tersenyum. Chillax! ALLAH ada :) kalau kamu senyum dugaan yang payah/susah gila nak mati tu akan senang je kamu nak hadapi. jangan sedih sedih lagi ye sebab senyuman tu boleh buat masalah yang dihadapi tu rasa ringan sangat. tak percaya? cubalah :)

Selain mudahkan segala masalah yang berserabut dalam kepala macam hutan belantara yang tak pernah ada orang masuk tu, senyum juga boleh buat kita awet muda tau. tak percaya? cuba senyum selalu. mesti muka kita nampak muda 5 tahun dari usia sebenar. ahaks!

Lagipun, senyum boleh merapatkan hubungan dan dapat jodoh x) kalau kita selalu senyum mesti orang akan anggap kita ni seorang yang peramah. korang nak ke tegur orang yang mencuka je mukanya? mesti nak tegur orang yang selalu tersenyum kan :) so senyumlah. lagi satu yang pasal dapa jodoh tu. uols kan excited terlebih kalau bab bab jodoh ni. so, jangan lupa senyum bila jumpa dengan orang *tapi tak payahlah nak senyum sepanjang masa. nanti orang ingat kau orang gila* manalah tau kan ada hamba ALLAH yang ALLAH gerakkan hati dia untuk terpikat dengan senyuman uols tu :)

The most important about smile is SEDEKAH. senyum tu kan satu sedekah. teruskanlah senyum. awet muda dapat, masalah dapat dihadapi dengan mudah, mudah dapat jodoh, yang paling penting dapat pahala. senyumlah selalu okay ;)

Sunday, 3 February 2013

ALHAMDULILLAH :)

Assalamualaikum. banyak berita gembira sejak akhir akhir ni. Alhamdulillah ALLAH bagi nikmat. Syukur Alhamdulillah :) hari Jumaat 1/2/2013 bermulanya sebuah kisah yang paling manis *haa, amekaw ayat minah bunga aku keluarkan. ahahaa* 

Masa tu tengah syok mengadap incik Baby ni *laptop* dengan secara tiba tiba terperasan satu post dekat group FTKW pasal result dah keluar. phewww, nervous baq hiangg. aku terus bukak Portal UMK dan jeng jeng jeng. result aku 3.66! aku menjerit masa tengok result. terkejut sangat sebab tak sangka dapat pointer tinggi macam tu. selama ni tak pernah dapat rasa pointer atas 3.0. alhamdulillah :') tak sia sia aku tak tidur malam sepanjang sem satu tu :') ibu dengan ayah suka sangat bia dapat tau result aku Dean List. Alhamdulillah :) malam tu incik bos tersayang text macam biasa. aku bagitahu dia result aku. dia cakap congrats. thanks sayang :)

esoknya pak cik napi kahwin. yang kelakarnya nak pergi Taman Perling boleh sesat sampai ke Setia Indah. lawak gila. si Maya pulak tak boleh tidur sebab asyik kena kacau dengan orang je. kesian Maya. hahaa, jap, nak tengok gambar pak cik aku kahwin. kejap ehh :3


















tengok pak cik kahwin rasa macam nak kahwin jugak. wan, jom kahwin! hahaa, gatal much! x)

semoga pasangan Mohammad Hanaffi bin Mohammed dan Nur Adida Izani berkekalan jodohnya sehingga ke akhir hayat dan semoga cepat dapat baby sedara. ahahaa

Tuesday, 29 January 2013

meet MAYA!!!

Assalamualaikum :) semua! jom jumpa Maya :DD



nilah Maya, buah hati pengarang jantung baru aku. dia degil sangat. suka main gigit gigit orang. jilat jilat aku. hyper active gila nak mati. nyiahahaa.

nak terima kasih sangat dekat AFIQ! thanks babe bagi Maya dekat aku :) 

Maya ni memang lincah sangat sangat. lagi lagi kalau malam sebab diakan haiwan *NOCTURNAL* #kalau taktau nocturnal tu apa bukak kamus, tak pun Google Translate jerrr. Ahaks# tapi kalau time dia mengantuk. usiklah dia macam manapun haramm dia nak layan. huahua.

ibu yang takut+geli tupai pun sayang kat Maya. tiap tiap hari mesti dia akan tanya. Maya dah makan? dah bersihkan cage dia? bla bla bla, yang paling suka gila kat Maya of course kakak aku. dia kalau main dengan Maya sampai terlentang Maya dia kerjakan. hahaa,

yang paling scary bila setiap kali aku bangun tidur, sayang aku *BONA* tengah menghadap Maya dalam cage. okay, hilang ngantuk terus bila nampak. hahaa, nak marah memang tak boleh sebab Bona bukan paham bahasa pun. lagi satu memang kalau ikut rantaian makanan Bona #ceyhh, science tetiba uols# Maya memang makanan dia. so, aku yang kena beware sepanjang masa.



haa, tulah Bona. Cinta Hati kami satu keluarga. dia memang tak suka kena pegang sebab tu dia buat muka macam tu masa aku peluk dia. ahahaa

okay, that's all for today, kena pergi mandi, solat, makan nasi lepas tu makan ubat. okay. anak dara apa entah aku ni pukul 2.00pm baru nak mandi kann. wakakaa, kbai :)

Manisnya Kesabaran

assalamualaikum :) kali ni nak bercerita pulak pasal MANISNYA SEBUAH KESABARAN dengan semua. nak mencapai tahap sabar tu memang susah. sangat sangat lah susah nak mencapai tahap sabar. mungkin dapat tapi tak sepenuhnya menguasai tahap sabar yang paling tinggi sekali. bayangkan kalau kita semua dapat mencapai tahap sabar yang paling tinggi tu, Subhanallah!

sekadar nak berkongsi pengalaman sendiri dengan semua. dulu aku memang seorang manusia yang sangat panas baran gila nak matilah. pantang salah sikit, memang sekejap je dah mendidih darah aku. ada je yang kena marah, siap maki lagi. buat apa-apa jenis tak reti nak bersabar. dengar cerita dari satu pihak saja dah mula nak melenting. cepat panik tak tentu pasal. suka sangka buruk. tapi bila dah makin meningkat dewasa ni mulalah terfikir, sampai bila nak teruskan perangai tak baik macam ni. takkanlah sampai dapat title *warga emas* nanti baru nak berubah. malu je nanti. bila dah mula terfikir macam tu, hati ni rasa sayu sangat, rasa malu sangat bila ingat balik kata kata kotor/kesat yang pernah keluar dari mulut aku, perangai panas baran tak tentu pasal ni. hm, I NEED TO CHANGE!

seriously! susah sangat nak bersabar :( lagi lagi bila datang dugaan yang berat sangat. tapi, ALLAH tu Maha Mengetahui. DIA tahu hamba DIA nak berubah. DIA tabahkan hati hamba DIA ni untuk hadapi segala dugaan yang susah tu. Alhamdulillah :')



Sesungguhnya ALLAH tu sentiasa ada bersama hambaNYA. cuma hambaNYA sahaja yang lupa akan DIA :'( YA ALLAH jangan jadikan aku salah seorang daripada golongan yang melupakanMU.

sepanjang diduga, pesan pada hati, ALLAH takkan duga hambaNYA dengan dugaan yang hambaNYA itu tak mampu pikul. ALLAH duga sebab ALLAH sayang, jangan pernah putus asa hadapi dugaanNYA okay :')

bila kita dah mampu bersabar, walaupun bukan mencapai tahap kesabaran yang tinggi, kemanisan dalam sesebuah kesabaran tu pasti kita akan dapat rasa. jiwa akan tenang. masalah yang berat macam manapun akan terasa ringan. hidup aman. masalah yang membelengu cuma ibarat sawang labah labah yang melekat di tubuh. Subhanallah! manisnya kesabaran itu kan :')

aku masih mencuba lagi untuk terus bersabar. Alhamdulillah, baranku tak sehangat dulu, panikku tidak sehebat dulu, walaupun kadangkala sabar tu tergugat juga, tapi masih lagi mampu dikawal. Alhamdulillah syukur! :')