Tuesday, 8 May 2012

You, You and You (Part 1)


Mereka pencipta kenangan terindah dalam hidup Leya J tak kisahlah kami baru kenal atau dah lama kenal, selalu jumpa atau tak pernah jumpa langsung. Tapi kau orang semua tetap sahabat Leya J mungkin kadang-kadang ada juga kita gaduh, masam muka, tak bertegur, buruk sangka, terkutuk, terlepas cakap (almaklumlahkan J yang kenal Leya mesti tau punya mulut Leya macam manakan :D). Tapi tu semua menguatkan lagi hubungan persahabatan kita J insyaallah

ALYA HUSNA BUNIRAN
Ni kembar Leya. Faham perangai gila-gila Leya. Selalu di sisi Leya dalam susah dan senang Leya. Suka bagi nasihat yang kadang kadang tak masuk akal. Moga bahagia dengan Nash J Btw ILY Lya <3

NURUL FARAHIN MOHD. JOHARUDIN
Sorry kalau salah nama abah :p kau budak comel yang paling cool yang pernah aku jumpa J kau selalu jadi pendengar yang setia kalau Leya ada masalah. Hope kau happy dengan SAYA FASHLEE kau tu XP Kau best J

SITI NURUL NADIA SAMIN
Kau lembut. Kuat merajuk. Kuat touching. Tapi kau baik. Aku suka J moga bahagia dengan abang Marul kau J

NUR AINI BASIR
Kau suka teman aku jalan-jalan J kau suka layan aku bercerita. Tapi kalau nak bercerita dengan kau tak syok call sebab kau macam orang takde perasaan kalau cakap dalam phone XP kau baik sangat. Aku sayang kau J
WAN AISYA RAMLI
Kau gila-gila. Aku ingat lagi yang kita berdua ketawa sama-sama dekat surau sekolah sampai sakit perut (cerita pasal apa memang tak ingatlah) kau happening J kau cantik J kau selalu bagi nasihat dekat aku. Miss you J

MUHAMMAD NAJIB SOLAHUDDIN
Kau bajet handsome! Berangan nak jadi 'ABANG BODY'. Haha, kau yang sama-sama kena H1N1 (kuarantin seminggu kat rumah) dengan aku. Anyway, kau tetap kawan aku J

KHAIRUL FAKHRIY SAMAT
Encik Busuk bau ETHANOL yang sangat kedekut! Aku mintak cheese cake satu slice je pun tak nak bagi! Haha. Walau macam manapun kau tetap ada kat sisi aku bila aku ada masalah. Kau pendengar setia J
MUHAMMAD SYAWARI AMRI ABD. AZIZ
Kau sombong! Bajet handsome. Pendek xp haha *jk. Kau kadang kadang baik (selalunya kau kejam). Kau talented! Aku suka bila kau berlakon. Tapi jangan nyanyilah ye J kau hebat!

MUHAMMAD IZWAN BERAHIM
Kuat menganjing :p haha. Even kita tak pernah jumpa, but you are always in my mind J kita kawan sampai bila-bila okey J

Sorry kawan sebab ada gambar yang Leya ambil dari FACEBOOK kau orang J

P/S : I LOVE YOU <3

Wednesday, 25 April 2012

LAST DAY.....

MEMORI TERCIPTA :')
malam ni malam last kita. lepas ni jumpa lagi tak? RINDUUUU...
esok semua akan bertolak ke rumah masing masing. suka sangat. tapi dalam diam sedih sebenarnya. sebab tinggalkan sejuta satu kenangan manis bersama mereka mereka yang buat hari Leya bunga bunga. lagi lagi untuk awak awak ni

nur izyani aini abd. ghani

nur syazwani zulkifli

nurul nadia addie mustaffa


mulai esok kita semua dah takkan tidur sama sama. makan sama

sama. kutuk orang sama sama. candid sama sama. semuanya sama 

samalah. 

kau orang KENANGAN TERINDAH

Monday, 23 April 2012

merisik khabar...............




sedih...
setiap kali dengar lagu merisik khabar (Allahyarham Sudirman Haji Arshad) mesti meniik air mata. sebak sangat. kadang-kadang menangis sampai Leya tertidur. penat sangat dah menangis....

kadang-kadang...
ramai yang marah. "Leya, lupakan dia. ramai lagi yang tunggu kau. kenapa baik hati sangat nak tunggu dia?!!" maaf.. Leya tak mampu lupakan dia. kenangan paling indah yang pernah hadir dalam hidup Leya.

bukan tak pernah..
Leya pernah cuba lupakan setiap memori Leya dengan dia yang tak pernah Leya jumpa (pelikkan kisah hidup Leya) tapi Leya tak mampu. Leya tak sanggup nak musnahkan hati orang lain lagi. tipu perasaan mereka dengan ungkapkan sayang pada mereka tapi sebenarnya hati Leya hanya sayangkan dia. Leya tak sanggup....

dia..
Leya masih hubungi dia sampai sekarang. cuma sekarang dah jarang. jarang sangat... dia tak balas setiap mesej yang Leya bagi. mungkin dia nak fokus pada pelajaran dia. dia dah nak final. Leya pun tengah final. insyaallah selagi Leya mampu Leya cuba bersangka baik...

RINDU!!
sampai terbawa-bawa ke mimpi. mimpi tu indah sangat. kalaulah boleh, Leya tak nak bangun lagi dari tidur tu. sebab bila Leya bangun dia hilang dari pandangan Leya. setiap mesej dia Leya tak pernah buang. Leya simpan semuanya. pernah sekali Leya terdelete mesej dia. satu malam Leya menangis. Ya Allah, sampai bila Leya nak jadi macam ni??

MERISIK KHABAR..
Leya cuba ambil tahu pasal dia dari jauh. dari Facebook dia. cukuplah kalau dapat tahu yang dia sedang bahagia sekarang. dengan cara itu sahaja Leya mampu untuk lepaskan rasa rindu Leya pada dia..

sibukkan diri..
mungkin dengan cara ni Leya mampu lupakan dia. Leya libatkan diri dengan aktiviti kelab. Leya bersukan. Leya belajar. sampai Leya sakit. tapi kenapa dalam setiap masa Leya sibukkan diri dia tetap dalam ingatan Leya?

Ya Allah...
Leya khuatir rindu Leya padanya melangkaui rindu Leya padaMU.. Leya takut...

tawaran melanjukan pelajaran dalam bidang perubatan ke Mesir tu ibarat peluang keemasan. cukup emas buat Leya. manalah tahu kalau-kalau Leya belajar kat sana Leya mampu tenangkan hati Leya. sekurang-kurangnya boleh kawal diri Leya dari terus menghubungi dia dan Leya yakin, itulah yang dia mahukan selama ini. hidup tanpa gangguan dari insan bernama NURUL ALIYAH BINTI RAMLI. tapi pelbagai masalah menghalang Leya untuk belajar di sana. Ya Tuhan, bantulah hambaMU ini untuk mengawal dirinya......


Sunday, 22 April 2012

BIOLOGYYY!!!

ESOK : exam BIOLOGY. hari ni start la kelam kabut study. pelajar 4FLAT kann. amin :)
mintak mintak esok boleh jawab dengan tenang. dilapangkan dada ketika menjawab. ingat semula apa yang dah belajar sebelum ni. dapat jawab MR. ESEI dengan jayanya! yeahhh :D




                                  LEYA BOLEH!


nilah keadaan katil dan tilam Leya bila time study week dan exam week menjelang


buku kesayangan leya. kakak yang bagi :)

tulisan buruk. ngeee :)

















doakan leya capai 4flat untuk semester akhir dekat matrikulasi johor ni. okeyy :)





Friday, 20 April 2012

BUBBLE :)

wowoo. best tengok GIRLFRIENDS leya main bubble :) 






ni kanak kanak riang yang main bubble



cantik kan :)



masa ni sempat la jugak leya BERANGAN. hewhew....


korang ade? hewhew





agak dahsyatlah bila tahu yang yanie agak addict dengan bubble. tengok jelah macam mana dia main bubble ni





























habis matriks nanti mesti rindu kenangan ni :')

Saturday, 14 April 2012

kemas kemas nak tinggalkan KMJ

semua dah start berkemas. bila da semua berkemas ni, mula jugaklah pening kepala. ibu, barang adek banyak.....


ni beg banyak banyak ni taktahu nak packing macam mane


banyak lagi barang sebenarnya. kasut sukan, selipar ada dua, kasut ada tiga. tension nak kemas!!!

Friday, 13 April 2012

ISTIKHARAH

Sekarang dah gila MENGUPDATE :p


benda ni dah lama buat (sekarang baru mengada nak update)
saja saja buat sebab dengar cerita umur 18 dah boleh istikharah untuk jodoh.
cop. bukan gatal eh. saja je buat :p
pertama kali buat nampak AWAK. kali kedua buat pun nampak AWAK.
sampailah empat kali buat tetap nampak AWAK.
oh no men. hewhew. tapi AWAK taktau pun pasal ni sebab kita bukan ada apa apa kan :') jumpa pun tak pernah jumpa, cuma kenal macam tu je.