Tuesday, 12 August 2014

Story of My Life Part 2

Assalamualaikum,

Lama tak update blog. banyaknya ceritaaaaaa. kehkehkeh.

Well, Imma happy girl right now. alhamdulillah. like I said in my previous entry "Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNYA. lepas DIA bagi hujan in shaa Allah muncul pelangi pula" Alhamdulillah rasanya dah dapat sedikit daripada pelangi tu.

Well yes, Allah akan duga setiap hamba dia yang DIA sayang. banyak dugaan selama ni aku hadapi akhirnya dapat rasa buah kemanisannya. aku dapat bahagiakan ibu ayah, keluarga, orang sekeliling. tu dah cukup buat aku. berkat sabar dan tabah akhirnya dapat keputusan yang paling mengujakan dalam hidup aku, almaklumlah Nurul Aliyah Binti Ramli ni tak pernah dapat keputusan cemerlang dari sekolah sampailah ke universiti dan alhamdulillah final exam semester lepas aku dapat 3.85. alhamdulillah alhamdulillah.

Dunia remaja sekarang, dalam kejar cita-cita mesti sibuk jugak nak kejar cinta. aceyyy, hahaa. wujud juga rupanya manusia yang minat kat aku dalam diam dekat UMK rupanya. kakakaka, dari tak kenal jadi kenal lepastu berkawan macam biasa, melepak sama-sama. kongsi payung time hujan dengan angin kuat sama sama lastly dua dua basah dalam hujan hahaa, kawan sembang kosong sama-sama. kawan teman makan sama-sama. macam macam la. The he confessed that he like me. gila tak terkejut. hahaa





Mohamad Ruzaimi bin Mohamed Sarip. terima kasih hadir dalam hidup saya. For sure the moment aku buat keputusan terima dia that mean belajar bercinta balik, awkward gila nak arwah. yelah dari "kau, aku" siap kalau bercakap tu "bodoh, bangang, lembab, etc" semua keluar tiba tiba jadi special someone dalam hidup. kekok jugaklah. hahaa.

Alhamdulillah walaupun hubungan masih baru lagi, dia dah pun jumpa keluarga aku dan surprisingly ibu dan ayah suka. okay okay okay. 

People do talks. mulut manusia kita seal macam mana pun gerenti terbuka juga. bila mana manusia-manusia sekeliling tahu sikit je pun pasal aku mulalah berbunyi macam nak apa. "Untunglah tukar boyfriend macam tukar baju" "baru break up dah jumpa orang baru" "tak malu ke jadi perempuan yang tukar tukar boyfriend" sampai malas nak melayan. tipulah kalau semua cakap cakap tu tak menusuk jantung. sakit kot. tapi mereka taktahu kenapa aku buat semua tu, kenapa aku buat semua ni. diorang tak kenal siapa Aliyah. asalkan aku dengan keluarga aku faham, bahagia, tu dah cukup. ignore the others.


Monday, 7 July 2014

Story of My Life

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum.

Lama betul rasa tak update blog. Line wifi agak kegilaan kat rumah T.T Oh ye, dah balik Johor tercinta dah. Hahaa, gila rindu nak arwah kat Johor.

Back to topic. Dalam kegembiraan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, ada juga terselit kesedihan pasal diri, masyarakat dan dunia. Pasal diri ni aku cerita last last la, sekarang aku nak cerita pasal masyarakat dulu. Sebelum puasa haritu, Malaysia dikejutkan dengan berita penemuan adik Firdaus, remaja OKU yang dibiarkan kat satu rumah kosong. Subhanallah sebak tengok keadaan adik tu masa pihak berkuasa jumpa. Kurus kering macam tengkorak. Sedih yang teramat tengok. Alhamdulillah sekarang ni kalau tengok berita pasal adik Firdaus, pipi dia dah mula berisi, badan makin naik. Syukur, Allah nak tunjuk kat dunia kebesaran DIA kan. Okay, beralih pada dunia pulak. Kita dikejutkan dengan keganasan Israel terhadap Palestin. Breaking heart :’(  MashaAllah, bom, senapang apa semua tu macam bunga api je kat sana. Sama-sama kita doakan saudara Islam kita di Palestin supaya tabah, sabar dan selamat serta dikurniakan syurga oleh Allah.

Pasal diri sendiri pula. Well I’m break up with someone whom I love too much. Sedih memang sedih tapi kalau dilayan sedih tu tak ke mana. Hidup mesti diteruskan. Baru putus cinta belum kahwin bercerai. Heh, *okay, berlagak sangat statement ni* jujur, susah nak move on. Tapi kalau cuba mudah-mudahan berjaya kan. Biarlah dia bahagia dengan kehidupan dia yang sekarang dan aku bahagia dengan kehidupan aku yang sekarang. Enough isn’t it?

Kesedihan tu sementara je, Allah tu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk HambaNYA. Lepas DIA bagi hujan in shaa Allah muncul pelangi pula. Cukup dengan yakin pada dia dan semua kesedihan tu hilang bersama masa yang berlalu. Alhamdulillah.

“Bagi peluang kat diri kau untuk kenal orang lain” well said girlfriend. Hehee. Memang, aku sedar yang selama ni aku tak pernah cuba untuk kenal orang lain. Memang dalam tempoh aku tunggu si dia untuk get back semula dulu aku pun ada jugaklah bercinta dengan orang lain tapi dalam masa sama aku memang tak boleh lupakan dia. Kononnya bajet setia hujung nyawa. Hahah. Tak adalah, perasaan tu bukan sesuatu yang kita sendiri boleh kawal. Dah kalau berkenan dengan satu kumbang, kita nak kumbang tu je, kumbang lain dah tak nak pandang dah kan? Tapi bila fikir balik, kenapa tak cuba? Family sendiri pun nasihat benda yang sama. So memang kena cubalah kan? Hahah.

Sunday, 15 June 2014

Natural Beauty Vs. Make Up

Assalamualaikum, salam sejahtera. hai rakyat Malaysia. hahaa. okay hari ni aku tergerak nak update entry pasal Natural Beauty Vs. Make Up sebab aku termasuk sekali dalam perbualan orang-orang sekeliling dan ada terbaca dekat siapa-siapa punya tweet or status facebook mengenai what more important, Natural Beauty or Make Up Face? macam soalan exam pulak. mentang mentang tengah minggu exam kanss. muehehee.

Okay, apa itu Natural Beauty? Natural Beauty ni kalau di"google translate" maksud dia kecantikan secara semula jadi. kiranya muka tanpa bubuh make up or whatever la. Natural Beauty ni kan benda yang orang ramai *especially kaum wanita, hahaa* nak ada. yelah, senang apa kalau dah cantik secara semula jadi ni keluar tak payah nak letak apa apa kat muka bagi cover jerawat ke jeragat ke apa ke kan. keluar gitu je.

Make Up ni malas nak ceritalah sebab semua dah arif, maklum lagi bijaksana pasal hal ni *especially kaum wanita juga, hahaa*.

Persoalannya sekarang, orang selalu mempertikaikan berkenaan Natural Beauty dengan muka yang di Make Up. kadang kadang bila aku cerita pasal make up ada je yang akan bersuara "buat apa Make Up? Natural Beauty jelah. lelaki kan tak suka perempuan yang Make Up" well yes, Natural Beauty tu lagi bagus tapi kita kena sedar tak semua manusia yang dilahirkan di muka bumi dan dunia ini dikurniakan wajah secantik Emma Maembong, Nora Danish, Erra Fazira dan orang-orang lain yang semua orang cakap dia cantik. hahaa.

Seterusnya, pasal lelaki tak suka perempuan Make Up. betul ke wahai lelaki? menurut aku la berdasarkan apa yang aku survey sendiri, yang aku nilai dari pemerhatian aku sendiri lelaki tak kisah sebenarnya perempuan yang make up. TAPI janganlah dok make up melampau sampai dah macam muka orang main Opera Cina tu. sumpah scary kot. euwww. berdasarkan apa yang aku tanya dari lelaki lelaki sekeliling mahu yang kenal atau tak, pandangan diorang sendiri ni "orang lelaki mana yang tak suka perempuan yang pandai berhias? kami suka cuma kalau melampau sangat make up nya tu memang kami tak minat la."

Aku sendiri make up tapi tak tebal macam super model kat luar sana tu. make up ni leceh sebenarnya. ahahaa, tapi lumrah, perempuan ni dia suka yang cantik. so malas mana pun at least bedak tu aku takkan tinggal. kalau nak pergi mana mana event pun, aku takkan make up yang melampau. just a basic make up like compact powder, lipstick, mascara and blusher *kalau rajin bubuhlah jugak eye liner*. kira okay dah tu.

Dan akhir kata bagi nak tutup entry kali ni, kalau korang dengar lelaki kat luar sana yang cakap "I tak kisah kalau you tak cantik. I terima you seadanya" 5% daripada semua lelaki kat dunia ni je yang memang jujur lagi ikhlas bila ayat tu terkeluar dari mulut dia. yang lain tu penipu. jangan percaya. hahaa.

P/S: cantik tu anugerah, cantik tu ujian. cantik tu subjektif. semua manusia cantik. cuma dibezakan dengan mata-mata manusia yang melihatnya sahaja :)

Tuesday, 10 June 2014

Izinkan Aku


Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum :)

Kali ni entry pasal lagu yang aku sendiri buat *lirik je* 

Terima kasih kat sepupu tersayang, Zaki Jasman sebab tolong akak buatkan rentak lagu ni dan digubah semula oleh kawan satu fakulti, Amin Sham. mula-mula lagu ni macam sedih je, tapi digubah semula oleh Amin sampai aku dengar dah macam muzik ala-ala indie gituuu. hahaa. Terima kasih juga kat Amin dan Fatin sebab sanggup lagi sudi mainkan gitar untuk rakaman lagu ni *kualiti rakaman agak tak memuaskan sebab guna video handphone biasa*

Takdelah sedap mana pun lagu ni. aku buat lagu ni pun untuk assignment falsafah ilmu dan dipuji oleh Dr Hisham *bangga sikit* hahaa. dia kata "kumpulan yang buat lagu tu saya bagi markah lebih sikit sebab effort awak untuk buat lagu tu. saya tau buat lagu ni bukan satu kerja yang mudah" terima kasih Dr :)

Suara pun ke laut. jyeahh suara tak semerdu macam buluh perndu :P aceyyy ayat. kakakakaka, tapi disebabkan assignment sendiri kenalah nyanyi sendiri kannn. so dengan suara baru bangun tidur tambah pulak tengah sakit tekak masa ni aku pun gagahkan diri untuk nyanyi sebab sebenarnya masa ni due submit assignment dah terlebih. nak tak nak suara tak sedap ni pun kenalah juga nyanyi. muahahaa.

Aku sertakan sekali lirik, chord gitar dengan video lagu ni kat dalam entry kali ni :)

Sekian.

Izinkan Aku

B                      D#                     E                      Em
Kedut di wajahnya menggariskan seribu sendu

Namun dia tetap diam
               B              D#                    e    Em        
Walau ku tahu jiwanya kini serabut
Tapi senyum masih di bibirnya.

B                           D#                        e                 em
Terkadang aku lihat mata tua termenung
Gundah dan resah bercampur
B                               D#                    E                  Em
Ingin ku cuba berkongsi apa yang kau rasa
Namun kata kau biar.


B                 D#            E               Em
Berhentilah berdiam mengaduh sugul
D#                                   e
Kisahkan padaku apa menyerabut
Em                                B
Adakah semua itu kerana aku.


B                  D#             E       Em
Wahai bonda gapailah tanganku
D#                                   E
ku kan cuba bahagiakan kamu
Em                             B
Sebagaimana kau setia di sisiku.

B                       D#                     E            Em                       
Wahai bonda bercukuplah memendam apa

Yang kau rasakan
B                D#           E             Em
Bisikanlah padaku walau sekali
Agar dapat ku mengerti.

B                   D#               E          Em
Katakan apa yang harus ku lakukan
Untuk balas apa kau berikan
B                   D#                  E                Em
Walau ku tahu takkan terbalas hingga mati
Ku harap syurga untukmu 





Monday, 2 June 2014

Semester 4 Yang........................

omg omg omg, lamanya tak update blog. okay kali ni kita update. tajuk tu, amboi la hai. semester 4 yang................... haa yang noktah banyak banyak tu engkorang letak la apa yang engkorang nak. okay, semester 4. hm, macam macam jadi. suka, sedih, macam macam emosi la ada. sem kali ni dah masuk betul ke dalam course Pengajian Warisan *sem depan baru masuk pengkhususan antara muziologi atau sastera hybrid* sem ni la aku mula dapat classmate baru yang otak memasing sama rosak dengan aku, sama tak betul. kalau gelak sama sama gelak, kalau sedih sama sama sedih, kalau mengumpat. eh padam padam.

sem ni baru aku sedar yang "oh, I can dance.* tarian tradisional yang tak menahannya tu ya ampunnnnn. sem ni dapat tugasan menari ulek mayang dengan dikir barat. okay cerita pasal dikir barat dulu. dulu aku benci, meluat, tak suka semualah dengan dikir barat ni. entah la, dulu memang tak boleh nak masuk jiwa dengan dikir barat ni. lepas mula dikenalkan dengan dikir barat *aku jadi pemain gendang anak dengan awok-awok* lepastu dapat cikgu yang aktif dengan dikir barat, nahhh apalagi. kami pun dibawa ke mana mana la berdikir. tapi masa last persembahan sebelum cuti study week aku tak dapat nak ikut sebab sakit pinggang kronik. sedih sangat. dikir barat yang bawah cikgu kami tu diberi nama Irama Warisan *curlasss sangat nama dia* dan kami cuma lepas sampai perigkat separuh akhir je masa tugasan berjalan. tugasan bawah subjek Tradisi Lisan. apa apa pun alhamdulillah, seronok kenal kesenian kita yang orang orang sekarang dah buat endah tak endah ni. okay habis pasal dikir barat kita cerita pasal ulek mayang pulak. ulek mayang ni kan ramai orang kata berhantu, berpuaka and so on. haishhh, tak adalah. sepanjang kami berlatih dan buat persembahan takde apa pun yang jadi. semuanya okay je. yang penting jaga mindset tu. kalau kita asyik fikir yang buruk, yang negatif so buruk la jadinya. ye dak? so kami sepakat untuk buat tu jangan sorang pun yang mengada fikir bukan bukan, bukan apa takut jadi yang tak dikehendaki. alhamdulillah segalanya berjalan lancar. kami berikan persembahan yang terbaik. hoorraayyyy.

Lepastu 24/5 aku pergi mandi laut kat Pantai Bukit Keluang, Besut bawah kelas Kepimpinan dan Motivasi. seronok sangat habiskan masa satu hari dengan budak budak ni semua. mandi laut, makan BBQ, spagetti macam macamlah. masa tu memang hancusss lebursss punah diet iols TT.TT tapi pantai dia cantik. serious tak tipu. pergilah sana nanti.

sem ni jugak aku diserang penyakit aneh yang doktor tak boleh nak sahkan amende. sebab haritu cuma buat xray, urine test dengan scan buah pinggang dan kena further checkup lagi dengan orthopedic. well aku pun taktau kenapa, bermula dengan kencing kotor je, lepastu aku sakit pinggang melampau. sebelum ni pernah juga kena tapi takdelah teruk macam ni. then bila check dia kata kencing kotor tu tak teruk. tapi pinggang aku tetap sakit dan sakit tanpa tahu kenapa sebabnya. yelah mula mula tukan takut la jugak. hari ahad 25/5/2014 aku sakit pinggang memang tahap tak boleh nak tahan sakit dia tu dalam kelas jepun. bila keluar terjumpa kawan satu negeri ni dia tanya kenapa muka lain macam then dia ajak sembang sebab kitorang dah lama tak sembang sama-sama. bila dia tanya lagi sekali kenapa dengan aku memang automatik terus menangis sebab daah tak tahan yang amat la sakit pinggang ni. fazlin datang tenangkan aku sementara kawan aku satu negeri ni *Shafiq* dapatkan kereta nak hantar aku ke hospital. dapat je kereta terus dia hantar aku ke Hospital Universiti Sains Malaysia. okay kat sana memang lama gila memang aku salute la kat kawan aku ni sebab dia sanggup tunggu aku kena tahan dalam kecemasan tu dari pukul 1 petang sampai 4.30 petang. thanks wey! :) sekarang ni dia pulak masuk hospital sebab denggi dan aku tak boleh nak tengok dia :( sampai sekarang pinggang aku tak baik lagi dan ibu suruh buat check up tu kat kluang je bila balik nanti. harap takde apa la. ni aku nak cerita yang kelakar sikit pasal masa aku kat hospital tu. doktor yang check aku tu tak silap nama dia Doktor Mardhiah, dia dok belek belek badan aku, suruh aku pergi xray semua, teliti punyalah lama kat fiem xray tu tapi dia kata takde tanda tanda remuk ke apa dekat tulang belakang. then dia tanya *sorry, ni hal keperempuanan sikit. tapi otak jangan kolotlah please, nanti ada anak bini uols kena tau jugak pasal ni :)*

Doktor: bila awak last datang haid?
Aku: ............... (tayah la bagitau engkorang tak penting. nyiahahaha)
Doktor: so, you dah kahwin? yang teman you tu suami?
Aku: eh belum. tu kawan satu U
Doktor: okay then saya nak scan buah pinggang awak kejap

doktor tu pun start la sapu gel kat alat scanner tu. memang aku rasa macam orang pregnant la main scan scan ni. lepas dia puas scan bahagian buah pinggang tu dia scan bahagian rahim -.-

Doktor: buah pinggang awak okay, em, awak dah kahwin?
Aku: belum doktor, kan saya dah bagitau tadi
Doktor: (muka berkerut, termenung lama) hm, rahim awak kosong

by that time aku taktau nak respons macam mana, nak gelak tak sampai hati kot. tapi kelakarnya ya ampunnn Tuhan je yang tau masa tu. aku pun dengan tahan tahan gelak tu bagilah pencerahan kat doktor tu

Aku: doktor, memanglah kosong, kan saya dah bagitau tadi saya belum kahwin.

doktor tu punyalah malu tersengih sengih. mungkin dia penat sangat kot banyak patient masa tu, tu yang dia blur. hahaa.

okay, banyak pulak aku update kali ni. bacalah puas puas. aku belanja gambar sepanjang semester 4 ni. gambar masa buat persembahan :)




puteri puteri ulek mayang. bada aku membongkok yang amat. taktau la pasaipa. dahlah tengok tempat lain -.-



ayu nya rasa diri ni. adududududu



Irama Warisan UMK di Panji. persembahan untuk pertandingan dikir barat peringkat negeri anjuran Persatuan Belia Kelantan






Kepimpinan dan Motivasi FTKW_A di Pantai Bukit Keluang, Besut, Terengganu.

Saturday, 4 January 2014

Wahai Muslimah

Assalamualaikum. Konbanwa minasan.


Well, setelah beberapa lama tak update blog. Kali ni aku nak update satu blog pasal satu perkara yang sering jadi buah mulut ramai orang. Pasal hijab atau tudung.


Kes pertama. Selalunya orang kaitkan aurat perempuan dengan tudung. Kiranya pakai tudung tu dah tutup aurat? Salah sayang. Walaupun aku bukan salah seorang hamba Allah yang menutup aurat dengan sempurna *sedang berusaha ke arah itu* tapi aku membangkang pernyataan orang ramai yang bila kita dah pakai tudung tu dah tutup aurat. Katanyaaa. Menutup aurat tu bila menutup segala anggota tubuh selain muka dan tapak tangan dan tidak menampakkan bentuk badan. Ada je yang pakai tudung tapi nampak leher. Tu bukan menuup aurat namanya. Faham?


Kes kedua. Perangai diri yang dikaitkan dengan tudung yang berada di atas kepala.  Katanya perangai diri tu perangai dirilah, tudung tu kewajipan untuk menutup aurat katanya.  Sayang, muslimah tu kan sifatnya lemah lembut, sopan santun, jaga percakapan, taat pada Allah dan ibu bapa. Bagi aku, kalau sudah sedar diri tu pakai tudung, pakai pakaian yang betul betul menutup aurat, kenapa nak cemarkan keindahan tu dengan perangai yang tidak elok? Bila diri sendiri berperangai tidak elok dan orang sekeliling menghakimi diri tersebut engan mengaitkan cara penampilan dirinya tahu pula marah. Aku nasihatkan korang pergi belajar Antropologi dan Sosiologi.  Belajar tentang manusia. Tengok diri sendiri depan cermin “aku kutuk tak orang yang elok menutup aurat tetapi buruk perangainya? Aku kutuk orang tersebut pasti dengan kaitkan penampilannya juga”  bohong kalau manusia tak bersifat begitu. Itu lumrah untuk manusia. Mengadili seseorang dengan melihat penampilan seseorang tersebut. So, kalau rasa taknak dikutuk oleh sebab perangai yang tidak seberapa elok dan taknak perangai diri yang dikutuk tu dikaitkan dengan tudung atau penampilan kita apa kata kita ubah perangai kita. Jangan asyik salahkan orang. Tanya dulu diri sendiri apa salah kita barulah tuding jari pada orang lain ye sayang.




Tu je kot nak update untuk hari ni. Semoga mendapat manfaat dari apa yang cuba disampaikan J

Saturday, 2 November 2013

Kehidupan

Assalamualaikum. Konnichiwa Minasan!

Hidup ni, kalau takde masalah takde dugaan bukanlah kehidupan maknanya. selalu sangat ada yang mengadu, tak kurang jugak menyalahkan takdir "Kenapa macam ni? kenapa macam tu? kenapa? kenapa?" 

Hidup ni memang takkan pernah lari dari masalah, tugas kita ialah menghadapi masalah bukan lari dari masalah. semakin kita lari dari masalah tu, makin besar masalah yang kejar kita. makin berganda ganda masalah yang datang hentam kehidupan kita. nak camtu? tak nak kan?

Ada macam macam cara sebenarnya untuk hadapi segala masalah dengan tenang. ikut pada keselesaan individu tu sendiri. ada yang lagi suka diam bila ada masalah, ada yang perlukan tempat untuk mengadu, tempat untuk luahkan segalanya yang terbuku dalam hati, cewahh ayat. kalau macam aku, ada certain masalah je yang aku akan mengadu, itupun dengan kawan dan keluarga yang aku percaya diorang mampu untuk tolong aku selesaikan masalah aku dengan sempurna. kadang kadang bukannya nak diorang selesaikan masalah kita sangat, cuma nakkan seseorang yang boleh dijadikan tempat untuk kurangkan beban yang memberat dalam kepala dan hati. bukannya minta selesaikan pun. so, carilah yang paling sudi pinjam telinga ya.

Ada pula certain masalah yang perlu disimpan dalam hati. jenis masalah yang macam ni adalah masalah yang kalau kita luah boleh timbul masalah yang lagi besar.so, untuk mengelakkan timbulnya masalah yang lagi besar tu lebih baik kalau kita simpan sendiri dan cari jalan yang terbaik untuk selesaikan masalah tersebut.

Pegang kata kata ni dalam kehidupan

"BENDA MUDAH BUAT APA DISULITKAN?"
"BENDA BOLEH SETTLE JANGAN DIPERSUSAHKAN"
"ALLAH TAKKAN BAGI DUGAAN YANG HAMBA-NYA TAK MAMPU PIKUL"

senang kan?